Monday, October 8, 2018

Hari Ini

Assalamualaikum semua... semoga kalian sentiasa positif dalam kehidupan☺️...tentang "hari ini".... pilu je rasa hati ini... setiap masa muhasabah diri, banyak dosa yang telah ku lakukan... bila kita terlalu gembira, Allah hadirkan perasaan yang berbeza supaya kita sentiasa ingat pada-Nya... Ya Allah ampunilah dosa2ku, dosa kedua ibubapaku, dosa sahabat2ku, dosa pelajar2 ku, semoga kami semua mendapat rahmat dan keberkatan dari-Mu dan semoga pengakhiran kami adalah pengakhiran yang baik. Ameen ๐ŸŒน๐ŸŒน
Ni je gambar yang ada hehe

Sunday, October 7, 2018

Terima Kasih Allah

Terima kasih Allah izinkan aku rasa disayangi, terima kasih Allah kerana memberi sahabat yang selalu ingatkan-Mu, terima kasih Allah kerana menghadirkan sahabat yang menegur tingkah laku ku, terima kasih Allah kerana melapangkan dadaku untuk menerima teguran tersebut, terima kasih Allah menghadirkan ruang dan peluang untuk luahan perasaan yang lama terpendam, alhamdulillah wa summa alhamdulillah..... dalam tangisanku tanda aku bersyukur kerana Allah menegurku melalui orang yang aku sayangi...masyaAllah indahnya persahabatan ini apabila ada sifat saling tegur menegur antara satu sama lain.  Terima kasih Allah kerana menyedarkanku Engkaulah Maha Sempurna. Jika dia terbaca blog ini ku memohon ampun dan maaf selama kita bersahabat, semoga ikatan persahabatn ini kekal selamanya. Ukhwah fillah abadan abada๐Ÿ˜ƒ.
Sahabat-sahabat di Sebuyau ๐Ÿ˜ƒ

Tuesday, October 2, 2018

BESTNYA HIDUP INI :)

Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam..๐Ÿ˜ƒ Apa ya nak diceritakan hari ini? ermm… bestnya hidup ini jika mendapat keberkatan daripada Allah SWT, bestnya hidup ini jika apa yang kita lakukan tidak menyakiti hati orang lain, bestnya hidup ini jika warna-warninya semuanya yang indah๐Ÿ˜ƒ. Tapi semuanya tidak akan jadi sebab semua atas dunia ini adalah ujian daripada Allah SWT sama ada perkara tu menggembirakan ataupun tidak. Okay cuba kita tengok Allah uji kita dengan kekayaan, Allah nak melihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak, kita menolong orang ataupun tidak ๐Ÿ™Ž. Contoh yang lain, apabila kita ramai kawan adakah kita mengajak mereka membuat kebaikan atau kejahatan, Allah bagi sakit sebab Allah nak hapuskan dosa2 kecil. Oleh itu, setiap apa yang kita perolehi jangan kita terlalu bermegah sebab semua yang kita ada atas izin Allah SWT. 
Best hidup ini jika kita bergantung harapan dengan Allah SWT tapi ingat jangan bila kita susah baru kita cari Allah, kita senang pun kita kena mencari Allah kerana atas bumi ini hanyalah pinjaman daripada-Nya. " ุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ " jagalah hubungan dengan Allah jagalah hubungan dengan manusia.๐Ÿ˜ƒ. Bestnya hidup ini!!!!! jika saya dapat menjaga hati semua orang dan menjaga hubungan dengan Allah๐Ÿ˜ƒ. Allah berikan ujian kepada kita tanda Allah sayang kepada kita๐Ÿ˜ƒ

Saturday, August 11, 2018

MENCORAKKAN KAIN PUTIH

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang budiman, semoga kalian dibawah lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Sambil menunggu program NEW CALIPH tamat untuk malam ni, saya nak menceritakan tentang "mencorakkan kain putih".. bukan kain kapan tapi simbolik kepada didikan ibubapa kepada anak-anak mereka... ingin saya katakan bahawa didikan yang pertama bermula dengan didikan ibubapa... merekalah yang akan mencorakkan anak2 sama ada menjadi anak yang soleh atau sebaliknya. Tetapi untuk menyalahkan ibubapa 100%  mungkin tidak kerana ia melibatkan persekitaran dan masyarakat sekeliling. Tetapi ibubapa perlu mendidik anak-anak tentang akidah Islamiyah supaya iman mereka menjadi kuat... kemana sahaja mereka pergi mereka akan memegang iman mereka supaya tidak goyah.. jaga hubungan dengan Allah insyaAllah Allah akan menjaga kita... berserah pada Allah apabila kita telah berusaha. Coraklah mereka sebaik-baiknya kerana Allah SWT. :-) :-)

Thursday, August 9, 2018

Redha

Assalamualaikum pembaca2 semua, semoga kalian dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT... nukilan yang ku coretkan dalam blog ini hanya sekadar perkongsian dan renungan kita bersama... mana yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk sebagai pengajaran :-) . Topik hari ini adalah "redha"... iya redha... apa itu redha, apabila kita berserah kepada Allah SWT selepas kita berusaha sesuatu perkara. Pergantungan kepada Allah itu memberi kita 1001 nikmat kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi kita sebagai manusia kadang-kadang lupa bahawa Allah itu Maha Adil apabila kita menaruh harapan kepada manusia 100%... Bagi padangan saya, apabila kita membuat sesuatu perkara mestilah kerana Allah, barulah hidup kita akan tenang, barulah wujudnya keredhaan dalam diri kita. Dimulut sahaja mengatakan redha tetapi hati tidak,menyebabkan hati kita menjadi sakit...  redhalah setiap apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hasbunallahu wa nikmalwakil wa nikmal maula wa nikman nasir. Untuk melupakan terus itu susah tapi belajar untuk melupakan :-). Terima kasih kerana sudi membaca, nanti sambung lagi :-).

Tuesday, July 31, 2018

Cemburu

Assalamualaikum... semoga semuanya gembira sentiasa :-) ... hari ini topik cemburu, semua manusia ada perasaan cemburu, semua akan merasa cemburu.. yang takda perasaan cemburu bukan manusia kot hehehe.... macam mana kita nak mengatasi perasaan cemburi yang teruk? Emm... sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengingatkan diri bahawasanya semua perkara perlu difikirkan secara rasional sebelum bertindak... sebab apa? Sebab tak semua akan menjadi milik kita, tak semua menjadi hak kita, tak kita perlu miliki, tak semua menjadi hak mutlak kita, kadang-kadang kita perlu berkongsi...betul tak? Oleh itu, wahai sahabat-sahabat semua, sentiasa berfikiran rasional, sentiasa mengingati Allah dan sentiasa melihat kebesaran Allah SWT :-) ..... Allah sentiasa bersama kita :-)... keep smile wherever you are :-) :-). Okaylah sampai sini dulu, nanti sambung lg :-).
Tingkatan 3 dah mereka... semoga mereka semua berjaya dalam PT3 :-)

Friday, July 27, 2018

Biar kalam berbicara

Assalamualaikum semua :-) ... hari ini mood suam2 kuku... hehe, bila mood suam2 kuku ni... first tersakitkan hati kawan... kita pulak yang emo hehe... bukan niat pun nk sakitkan hati dia tapi... bila tak bersependapat atau rasa dia terlalu baikkkk n terlalu merendah diri , tak yakin pada diri tu yang buatkan diri rasa nak marah... sedih ooo orang pergunakan kawan kita yang tak pandai cakap "tidak" untuk kepentingan dirinya...uhuhuh sangat menyedihkan... bukan niat ku untuk sakiti hatinya :( :( . Bila tinggal berjauhan dengan family, sahabat2 kitalah yang akan jadi family kita... Merantau tu seronok tapi bila kita perlukan family depan mata tapi tak dapat membuatkan kita sedih... bila dah buat sahabat kita terguris hatinya, tu yang mood jadi kelaut... jadi lebih baik diam daripada berkata-kata :-). Untukku melafazkan maaf terlafaz dalam hati je tapi aku tetap memaafkan semua orang :-). 
Minta maaf andai kata2 yang keluar daripada mulut ini membuatkan sahabat-sahabat terguris hati... asif jiddan

Aura negatif

Asslamualaikum.. semoga pembaca sihat sejahtera disamping orang yang disayangi :-) ... siapa yang sedang aura negatif cepat2 tukar menjadi aura positif okay :-) ... aura negatif sangat bahaya kerana ia boleh mengganggu emosi dan fizikal kita dan kadang2 boleh mempengaruhi orang sekeliling kita... berfikiran negatif yang keterlaluan membuatkan diri kita kurang berkeyakinan, sebab apa? Belum mencuba dah buat keputusan.. ini menyebabkan keputusan yang diterima akan menjadi negatif... mencuba tidak salah yang penting jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi melebihi yakin kita pada Allah. Tidaklah saya mengatakan saya seorang yang sempurna, saya insan biasa yang kadang2 ada berfikiran negatif juga... tp sebelum buat apa2 dah meletakkan keputusan yang negatif itu yang bahaya... emmm, sentiasalah bersikap positif jiwa akan tenang... bergantunglah pengharapan pada Allah, Allah akan sentiasa melindungi kita... apabila aura negatif tu datang cepat2 positifkan diri okay :-) ... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Tuesday, July 3, 2018

"Bersihkan rumah dulu"

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
Alhamdulillah Allah masih memberi izin kepada kita untuk hidup di dunia ini yang penuh dengan liku2 kehidupan... alhamdulillah wa summa alhamdulillah saya dapat menulis kembali di blog ini setelah sekian lama menyepi... agak2nya kalau rumah dibiarkan lama berhabuk dan bersawang hehe... Hari ini kita mulakan entry dengan membersihkan rumah hehe, harap2 tak menyepi lama lah hehehe.. hari ni masih dalam mood raya... siang tadi pergi beraya hampir dua jam duduk sebuah rumah mengadap kek lapis... hehe biasalah duk kat sarawak popular kek lapis... nang sedap, nya polah dirik mpun. Minggu ni memamg tak masak kat rumah... semalam jamuan raya kat sekolah hehe. Harap2 hari2 ada jemputan ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ( nang malas nak masak sejak cuti sekolah sebulan kat rumah hehe). Okaylah sampai sitok jaklah... kelak sambung gik... belanja gambar jamuan kelas anak-anak kesayangan kamek pelajar tingkatan 3 Efisien ๐Ÿ’— ๐Ÿ’—.
Pelajar tingkatan 3 Efisien

Anak-anak yang penuh kenakalan apabila lelaki lebih ramai daripada perempuan hehe... tapi merekalah racun mereka jugak adalah penawar... sayang kamu semua