Tuesday, October 2, 2018

BESTNYA HIDUP INI :)

Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam..😃 Apa ya nak diceritakan hari ini? ermm… bestnya hidup ini jika mendapat keberkatan daripada Allah SWT, bestnya hidup ini jika apa yang kita lakukan tidak menyakiti hati orang lain, bestnya hidup ini jika warna-warninya semuanya yang indah😃. Tapi semuanya tidak akan jadi sebab semua atas dunia ini adalah ujian daripada Allah SWT sama ada perkara tu menggembirakan ataupun tidak. Okay cuba kita tengok Allah uji kita dengan kekayaan, Allah nak melihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak, kita menolong orang ataupun tidak 🙎. Contoh yang lain, apabila kita ramai kawan adakah kita mengajak mereka membuat kebaikan atau kejahatan, Allah bagi sakit sebab Allah nak hapuskan dosa2 kecil. Oleh itu, setiap apa yang kita perolehi jangan kita terlalu bermegah sebab semua yang kita ada atas izin Allah SWT. 
Best hidup ini jika kita bergantung harapan dengan Allah SWT tapi ingat jangan bila kita susah baru kita cari Allah, kita senang pun kita kena mencari Allah kerana atas bumi ini hanyalah pinjaman daripada-Nya. " حبل من الله وحبل من الناس " jagalah hubungan dengan Allah jagalah hubungan dengan manusia.😃. Bestnya hidup ini!!!!! jika saya dapat menjaga hati semua orang dan menjaga hubungan dengan Allah😃. Allah berikan ujian kepada kita tanda Allah sayang kepada kita😃

No comments:

Post a Comment