Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Tuesday, October 2, 2018

BESTNYA HIDUP INI :)

Assalamualaikum semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam..๐Ÿ˜ƒ Apa ya nak diceritakan hari ini? ermm… bestnya hidup ini jika mendapat keberkatan daripada Allah SWT, bestnya hidup ini jika apa yang kita lakukan tidak menyakiti hati orang lain, bestnya hidup ini jika warna-warninya semuanya yang indah๐Ÿ˜ƒ. Tapi semuanya tidak akan jadi sebab semua atas dunia ini adalah ujian daripada Allah SWT sama ada perkara tu menggembirakan ataupun tidak. Okay cuba kita tengok Allah uji kita dengan kekayaan, Allah nak melihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak, kita menolong orang ataupun tidak ๐Ÿ™Ž. Contoh yang lain, apabila kita ramai kawan adakah kita mengajak mereka membuat kebaikan atau kejahatan, Allah bagi sakit sebab Allah nak hapuskan dosa2 kecil. Oleh itu, setiap apa yang kita perolehi jangan kita terlalu bermegah sebab semua yang kita ada atas izin Allah SWT. 
Best hidup ini jika kita bergantung harapan dengan Allah SWT tapi ingat jangan bila kita susah baru kita cari Allah, kita senang pun kita kena mencari Allah kerana atas bumi ini hanyalah pinjaman daripada-Nya. " ุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุจู„ ู…ู† ุงู„ู†ุงุณ " jagalah hubungan dengan Allah jagalah hubungan dengan manusia.๐Ÿ˜ƒ. Bestnya hidup ini!!!!! jika saya dapat menjaga hati semua orang dan menjaga hubungan dengan Allah๐Ÿ˜ƒ. Allah berikan ujian kepada kita tanda Allah sayang kepada kita๐Ÿ˜ƒ

Wednesday, May 13, 2015

Rezeki Pemberian Allah


Assalamualaikum semua, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :). Bersyukur dengan apa yang kita perolehi, kita akan tenang menghadapinya :). Rezeki pemberian Allah ade di mana-mana sahaja dan rezeki yang kita perolehi dalam pelbagai bentuk, tak semestinya rezeki yang diperolehi dalam bentuk harta. Oleh itu, yakinlah dengan rezeki yang kita perolehi dan bersyukur dengan apa yang ada dihadapan kita. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita :).

" Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas ada kala kita di bawah,
 Adakala kita perlu berkorban untuk memperoleh apa yang kita impikan,
 Adakala kita perlu melepaskan apa yang kita inginkan,
 Dan ingatlah bahawa aturan Allah itu indah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik" - didikilmu

Saturday, April 4, 2015

Cerita semalam 3/4/2015

Assalamualaikum semua :) semoga kalian dalam keadaan baik semuanya :). Alhamdulillah, hari  ini dapat merehatkan diri di rumah dan meng 'update' blog yang tersayang...hehe macam kekasih hati pulak, ya! kekasih yang tidak dikira tangga ke berapa :). Alhamdulillah semalam sudah genap umurku 29 tahun :). semoga Allah permudahkan urusanku, semoga dapat mendidik pelajar-pelajarku ilmu agama, dipertemukan jodoh dalam keberkatanMu, ditetapkan iman, beristiqamah dalam tingkah laku dan percakapan dan semoga Allah memanjangkan umurku dalam keberkatanMu :) aamiin :).
Semalam baru balik dari Kuching, tidur di Kuching 2 malam, sambutan hari lahirku di sambut di kopi o' corner.. hehe surprise daripada sahabat-sahabat, sebenarnya tak terjangka pun sebab tak mengharapkan pun hehe tapi bila disambut sangat terharu..teringat kembarku di Sabah tarikh yang sama, tahun yang sama, tinggal bersama masa belajar di uia..Alhamdulillah masih berhubung lagi walaupun jauh di mata tapi dekat di hati :). 
Syukran sahabat- sahabat semua :) ibah, yan, fara, ayu, norma, k.nida n k.siti..terima kasih doa kalian untuk diriku :). terima kasih hadiah baju daripada ibah dan yan :). Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :). Bersahabat kerana Allah :).

kebetulan dapat meja pun no. 29 hehe

sahabat-sahabat

till jannah :)

semoga cepat bertemu jodoh hehe

Monday, February 2, 2015

Rindu...

Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga kalian sihat disamping orang yang tersayang dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Sedar tak sedar dah 12 hari saya di bumi Kenyalang untuk mencari rezeki dan memberi didikan kepada anak-anak Sarawak. Alhamdulillah, bila menjejakkan kaki di Sarawak dan di tempat didikan hati ini boleh menyesuaikan diri tanpa memikirkan ia terlalu sukar bagiku kerana berjauhan dengan keluarga tersayang dan orang disekelilingku, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..Allah telah meletakkan yang terbaik untuk hambanya. Tapi dalam hati ini tidak lari daripada rasa rindu terhadap keluarga, sahabat-sahabat, anak-anak didikku di SRAIBBB dan guru-guru di SRAIBBB. Dari kejauhan ku mendoakan semoga kalian semua dalam keadaan baik :). Kenangan yang meninggalkan seribu satu cerita. 


Saturday, January 17, 2015

Hari Terakhir di SRAIBBB

Jamuan kelas 5J

Jamuan kelas 5J

Sukan Hari Guru

Paemeran buku bersama anak2 5A

KAMIL di SMA Rawang

Bergambar bersama guru-guru
Pelbagai aktiviti pelbagai cerita pelbagai ragam..hanya gambar yang berbicara, lidah kelu untuk berbicara.

Friday, July 18, 2014

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan kareem..semoga ramadhan kali ini memberi satu kerahmatan untuk kita semua :). Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa dan macam-macam dugaan rakyat Malaysia hadapi..Saya percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya, samada hikmah itu datang secara cepat atau lambat. Yang penting redha dengan setiap apa yang terjadi. 

Tuesday, June 24, 2014

Ketentuan Allah s.w.t

Assalamualaikum, semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah s.w.t. Hari ini, saya terkejut dengan satu berita tentang sahabat fb yang kemalangan (24/6/2014). Walaupun saya tidak mengenalinya tapi rasa terkejut bagaikan sahabat yang dah lama saya kenali. Semoga beliau cepat sedar dari koma dan semoga mendapat keajaiban dari Allah s.w.t. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan makhluk di muka bumi ini. Semoga sahabat-sahabat saya yang lain tabah menghadapi dugaan hidup. Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu hadapinya.

Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Ibu


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari ibu kepada mak saya dan ibu-ibu di Malaysia, semoga kalian dilindungi Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Ibu, tidak ternilai harganya dan ianya tidak boleh dijual beli kerana dialah satu-satunya ibu yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita. Pinjaman dari Allah untuk kita jaga dan ianya tiada pengganti apabila ia kembali kepada yang Maha Berkuasa. Oleh itu, kawan-kawan, sahabat-sahabat dan para pembaca marilah sama-sama kita menghargai ibu kita, mendengar cakap beliau selagi tidak melanggar syariat Islam kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan beliau didunia dan di akhirat :).

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…

ุงู„ู„ู‡ู… ุงุบูุฑู„ูŠ ูˆู„ูˆุงู„ุฏูŠ ูˆุงุฑุญู…ู‡ู…ุง ฺฉู…ุง ุฑุจูŠุงู†ูŠ ุตุบูŠุฑุง
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi.

Wednesday, April 30, 2014

Pemuda Budiman


Hari ini dalam sejarah, kereta tiba-tiba mati sebab kehabisan minyak..hehe, mati tempat yang penuh sesak, nasib baik takde siapa-siapa yang hon..nak tolak kereta ke tepi tak terdaya sorang-sorang..dalam 10 minit ada seorang pemuda budiman 1 yang sudi menolak kereta ke tepi, alhamdulillah..sambil menunggu ayah datang untuk menghulurkan bantuan, ada seorang pemuda budiman 2 yang datang bertanya, dengan tersipu-sipu saya menjawab kehabisan minyak (malu salah sendiri tapi hadapi jugaklah..hehe). Pemuda tersebut menghulurkan bantuan, dia boleh membeli minyak untuk saya..mula2 rm 5 tapi tak cukup untuk cc 1.3, dia sanggup pergi semula untuk membeli minyak..alhamdulillah baru hidup kereta tu, lepas tu, terus pergi isi minyak separuh, dah tak nak sejarah berulang..terima kasih pemuda budiman :) , semoga Allah membalas jasa kalian dan memberi rezeki yang melimpah ruah :).

Monday, April 28, 2014

selamat pagi :)

Assalamualaikum semua, pagi yang sangat indah dan permulaan untuk minggu yang baru, Alhamdulillah Allah masih memberi kita oksigen untuk bernafas :) dan mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan kita dan mendapat keberkatan dari Allah. Semoga setiap apa yang kita lakukan samada perkara itu mudah atau susah janganlah kita mengeluh. Jika dapat menyelesaikannya jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Allahumma yassir wala tu'aasir bikhair tamim.