Saturday, May 16, 2015

Selamat hari Guru


Selamat Hari Guru!!! Jasa guru tidak akan dilupakan sampai bila-bila :). Selalunya orang bercerita tentang pengorbanan guru bila tiba hari guru. Hari ini saya akan bercerita tentang ibubapa adalah guru pertama kita sebab perjalanan kita bermula dari rumah. Merekalah yang mula-mula mendidik kita dari mula kita dilahirkan, betul tak? okay cuba kita fikir, lepas kita keluar dari perut mak kita, ayah akan mengazankan dan mengiqamahkan kita, itu juga sesi pembelajaran ayat pertama pertama kita mendengar, lepas tu, mak akan mengajarkan kita cara membersihkan diri dengan secara tidak langsung, mengajar kita berzikir dan seterusnya sehingga kita besar sehingga kita mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk :). 

"Anak-anak ibarat kain putih, ibubapa lah yang mencorakkannya"

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik :).

Wednesday, May 13, 2015

Rindunya..

bila rindu bertamu... tak sabar rasa nak balik

Rezeki Pemberian Allah


Assalamualaikum semua, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah :). Bersyukur dengan apa yang kita perolehi, kita akan tenang menghadapinya :). Rezeki pemberian Allah ade di mana-mana sahaja dan rezeki yang kita perolehi dalam pelbagai bentuk, tak semestinya rezeki yang diperolehi dalam bentuk harta. Oleh itu, yakinlah dengan rezeki yang kita perolehi dan bersyukur dengan apa yang ada dihadapan kita. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita :).

" Hidup ini umpama roda, adakala kita di atas ada kala kita di bawah,
 Adakala kita perlu berkorban untuk memperoleh apa yang kita impikan,
 Adakala kita perlu melepaskan apa yang kita inginkan,
 Dan ingatlah bahawa aturan Allah itu indah, perancangan Allah itu adalah yang terbaik" - didikilmu

Saturday, May 9, 2015

Sukan Tahunan SMK Sebuyau 2015

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat kita menikmati pagi yang indah ciptaan Allah :). Alhamdulillah tamat sudah sukan tahunan smk sebuyau 2015 :). Selepas ni, bagi tumpuan kepada pelajaran pula :) , Semoga pelajar-pelajar Sebuyau dapat memberi tumpuan dan fokus kepada pelajaran untuk mendapat ilmu di dunia untuk dipandu ke akhirat nanti :). 
Okaylah, hadiah gambar sikit untuk para pembaca :).

sepanjang kejohanan

srpanjang kejohanan
sebelum ke sekolah

menunggu acara bermula

sebelum perbarisan bermula

bergambar selepas perbarisan

hari terakhir kejohanan

hari terakhir kejohanan

rumah kuning no, 2

suka-suka :)

Friday, May 1, 2015

Salam Jumaat

Assalamualaikum semoga kalian semua dalam keadaan sihat. Alhamdulillah kita masih bertemu dengan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari, hari yang penuh barakah :). Hari ini juga merupakan hari pekerja, alhamdulillah dapat rehatkan diri di rumah :). 


Setiap yang terjadi ada hikmahnya, perancangan Allah itu cantik, susun atur Allah adalah yang terbaik. Redha dengan setiap yang berlaku, berfikiran positif, Allah sentiasa bersama kita :). Pesanan untuk diri sendiri dan para pembaca.