Sunday, October 7, 2018

Terima Kasih Allah

Terima kasih Allah izinkan aku rasa disayangi, terima kasih Allah kerana memberi sahabat yang selalu ingatkan-Mu, terima kasih Allah kerana menghadirkan sahabat yang menegur tingkah laku ku, terima kasih Allah kerana melapangkan dadaku untuk menerima teguran tersebut, terima kasih Allah menghadirkan ruang dan peluang untuk luahan perasaan yang lama terpendam, alhamdulillah wa summa alhamdulillah..... dalam tangisanku tanda aku bersyukur kerana Allah menegurku melalui orang yang aku sayangi...masyaAllah indahnya persahabatan ini apabila ada sifat saling tegur menegur antara satu sama lain.  Terima kasih Allah kerana menyedarkanku Engkaulah Maha Sempurna. Jika dia terbaca blog ini ku memohon ampun dan maaf selama kita bersahabat, semoga ikatan persahabatn ini kekal selamanya. Ukhwah fillah abadan abada😃.
Sahabat-sahabat di Sebuyau 😃

No comments:

Post a Comment