Thursday, August 9, 2018

Redha

Assalamualaikum pembaca2 semua, semoga kalian dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT... nukilan yang ku coretkan dalam blog ini hanya sekadar perkongsian dan renungan kita bersama... mana yang baik kita ambil sebagai panduan dan yang buruk sebagai pengajaran :-) . Topik hari ini adalah "redha"... iya redha... apa itu redha, apabila kita berserah kepada Allah SWT selepas kita berusaha sesuatu perkara. Pergantungan kepada Allah itu memberi kita 1001 nikmat kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Tapi kita sebagai manusia kadang-kadang lupa bahawa Allah itu Maha Adil apabila kita menaruh harapan kepada manusia 100%... Bagi padangan saya, apabila kita membuat sesuatu perkara mestilah kerana Allah, barulah hidup kita akan tenang, barulah wujudnya keredhaan dalam diri kita. Dimulut sahaja mengatakan redha tetapi hati tidak,menyebabkan hati kita menjadi sakit...  redhalah setiap apa yang berlaku kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hasbunallahu wa nikmalwakil wa nikmal maula wa nikman nasir. Untuk melupakan terus itu susah tapi belajar untuk melupakan :-). Terima kasih kerana sudi membaca, nanti sambung lagi :-).

No comments:

Post a Comment