Sunday, April 26, 2015

Program Hari Ini 26/4/2015


Assalamualaikum semua..semoga dalam dalam keadaan sihat, bertenaga dan bersedia untuk menempuh hari esok (','). Allahumma yassir wala tu assir bikhairi tamim. Alhamdulillah hari ini selesai program Kem Kepimpinan Pengawas selama 2 hari 1malam :). Semoga mereka dapat menjadi pemimpin yang mampu memimpin sahabat-sahabat mereka di sekolah :). Okaylah sampai sini dulu..hadiah satu gambar sempena kem Kepimpinan Pengawas 2015 :).

Saturday, April 4, 2015

aktiviti hari ini

Hari ini berprogram di pejabat daerah di Sebuyau sempena pelancaran " Kempen Penanaman Pokok" di bawah Persatuan Alumni UKM Sarawak. Antara gambar-gambarnya:

menunggu untuk membuat persembahan

menunggu kedatangan YB

dapat makan tengahari free

bergambar sebelum balik..dapat pokok untuk ditanam di sekolah hehe

pasukan koir bersedia untuk menyanyi :)

bergambar bersama jurulatih :)

Cerita semalam 3/4/2015

Assalamualaikum semua :) semoga kalian dalam keadaan baik semuanya :). Alhamdulillah, hari  ini dapat merehatkan diri di rumah dan meng 'update' blog yang tersayang...hehe macam kekasih hati pulak, ya! kekasih yang tidak dikira tangga ke berapa :). Alhamdulillah semalam sudah genap umurku 29 tahun :). semoga Allah permudahkan urusanku, semoga dapat mendidik pelajar-pelajarku ilmu agama, dipertemukan jodoh dalam keberkatanMu, ditetapkan iman, beristiqamah dalam tingkah laku dan percakapan dan semoga Allah memanjangkan umurku dalam keberkatanMu :) aamiin :).
Semalam baru balik dari Kuching, tidur di Kuching 2 malam, sambutan hari lahirku di sambut di kopi o' corner.. hehe surprise daripada sahabat-sahabat, sebenarnya tak terjangka pun sebab tak mengharapkan pun hehe tapi bila disambut sangat terharu..teringat kembarku di Sabah tarikh yang sama, tahun yang sama, tinggal bersama masa belajar di uia..Alhamdulillah masih berhubung lagi walaupun jauh di mata tapi dekat di hati :). 
Syukran sahabat- sahabat semua :) ibah, yan, fara, ayu, norma, k.nida n k.siti..terima kasih doa kalian untuk diriku :). terima kasih hadiah baju daripada ibah dan yan :). Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :). Bersahabat kerana Allah :).

kebetulan dapat meja pun no. 29 hehe

sahabat-sahabat

till jannah :)

semoga cepat bertemu jodoh hehe

Wednesday, April 1, 2015

Usrah

Assalamualaikum para pembaca semua, semoga dirahmati Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Alhamdulillah pagi yang nyaman di bumi sebuyau ni membuatkan mood saya untuk update blog makin berbunga-bunga..hehe. Mai sini saya nak cerita tentang semalam..Alhamdulillah Allah memberi ketenangan kepada diri saya selepas menyertai usrah malam tadi..petang semalam keyakinanku turun bawah 50% dengan sikap2 pelajar kesayanganku..setiap hari saya selalu terfikir bagaimana untuk membuatkan pelajar-pelajar ni ada minat untuk belajar..yang mampu saya lakukan berdoa kepada Allah semoga diterangkan hati mereka untuk menambah ilmu agama..
Okaylah stop untuk mood yang kurang best. Arini saya nak ceritakan tentang usrah malam tadi..pertama kali saya melibatkan diri dalam usrah secara official...Alhamdulillah seronok sangat, rasa tenang sangat, rasa lapang sangat dada. Permulaan dengan taaruf, alhamdulillah dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih mendalam. Terasa ukhuwah yang terjalin..macam-macam topik yang diceritakan daripada diri sendiri, pendidikan sehingga tentang jodoh. Masing-masing meluahkan pendapat :). Alhamdulillah..saya berharap usrah akan sentiasa diadakan bagi berkongsi ilmu, pandangan, saling kenal mengenali :). Tinggal berjauhan dengan keluarga menjadikan sahabat-sahabat sebagai keluarga kita :). Okaylah sampai sini dulu assalamualaikum :).

selepas usrah makan bersama-sama

اخوه في الله ابدا ابد