Tuesday, July 31, 2018

Cemburu

Assalamualaikum... semoga semuanya gembira sentiasa :-) ... hari ini topik cemburu, semua manusia ada perasaan cemburu, semua akan merasa cemburu.. yang takda perasaan cemburu bukan manusia kot hehehe.... macam mana kita nak mengatasi perasaan cemburi yang teruk? Emm... sentiasa berfikiran positif, sentiasa mengingatkan diri bahawasanya semua perkara perlu difikirkan secara rasional sebelum bertindak... sebab apa? Sebab tak semua akan menjadi milik kita, tak semua menjadi hak kita, tak kita perlu miliki, tak semua menjadi hak mutlak kita, kadang-kadang kita perlu berkongsi...betul tak? Oleh itu, wahai sahabat-sahabat semua, sentiasa berfikiran rasional, sentiasa mengingati Allah dan sentiasa melihat kebesaran Allah SWT :-) ..... Allah sentiasa bersama kita :-)... keep smile wherever you are :-) :-). Okaylah sampai sini dulu, nanti sambung lg :-).
Tingkatan 3 dah mereka... semoga mereka semua berjaya dalam PT3 :-)

Friday, July 27, 2018

Biar kalam berbicara

Assalamualaikum semua :-) ... hari ini mood suam2 kuku... hehe, bila mood suam2 kuku ni... first tersakitkan hati kawan... kita pulak yang emo hehe... bukan niat pun nk sakitkan hati dia tapi... bila tak bersependapat atau rasa dia terlalu baikkkk n terlalu merendah diri , tak yakin pada diri tu yang buatkan diri rasa nak marah... sedih ooo orang pergunakan kawan kita yang tak pandai cakap "tidak" untuk kepentingan dirinya...uhuhuh sangat menyedihkan... bukan niat ku untuk sakiti hatinya :( :( . Bila tinggal berjauhan dengan family, sahabat2 kitalah yang akan jadi family kita... Merantau tu seronok tapi bila kita perlukan family depan mata tapi tak dapat membuatkan kita sedih... bila dah buat sahabat kita terguris hatinya, tu yang mood jadi kelaut... jadi lebih baik diam daripada berkata-kata :-). Untukku melafazkan maaf terlafaz dalam hati je tapi aku tetap memaafkan semua orang :-). 
Minta maaf andai kata2 yang keluar daripada mulut ini membuatkan sahabat-sahabat terguris hati... asif jiddan

Aura negatif

Asslamualaikum.. semoga pembaca sihat sejahtera disamping orang yang disayangi :-) ... siapa yang sedang aura negatif cepat2 tukar menjadi aura positif okay :-) ... aura negatif sangat bahaya kerana ia boleh mengganggu emosi dan fizikal kita dan kadang2 boleh mempengaruhi orang sekeliling kita... berfikiran negatif yang keterlaluan membuatkan diri kita kurang berkeyakinan, sebab apa? Belum mencuba dah buat keputusan.. ini menyebabkan keputusan yang diterima akan menjadi negatif... mencuba tidak salah yang penting jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi melebihi yakin kita pada Allah. Tidaklah saya mengatakan saya seorang yang sempurna, saya insan biasa yang kadang2 ada berfikiran negatif juga... tp sebelum buat apa2 dah meletakkan keputusan yang negatif itu yang bahaya... emmm, sentiasalah bersikap positif jiwa akan tenang... bergantunglah pengharapan pada Allah, Allah akan sentiasa melindungi kita... apabila aura negatif tu datang cepat2 positifkan diri okay :-) ... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Tuesday, July 3, 2018

"Bersihkan rumah dulu"

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah Allah masih memberi izin kepada kita untuk hidup di dunia ini yang penuh dengan liku2 kehidupan... alhamdulillah wa summa alhamdulillah saya dapat menulis kembali di blog ini setelah sekian lama menyepi... agak2nya kalau rumah dibiarkan lama berhabuk dan bersawang hehe... Hari ini kita mulakan entry dengan membersihkan rumah hehe, harap2 tak menyepi lama lah hehehe.. hari ni masih dalam mood raya... siang tadi pergi beraya hampir dua jam duduk sebuah rumah mengadap kek lapis... hehe biasalah duk kat sarawak popular kek lapis... nang sedap, nya polah dirik mpun. Minggu ni memamg tak masak kat rumah... semalam jamuan raya kat sekolah hehe. Harap2 hari2 ada jemputan 😀 😀 ( nang malas nak masak sejak cuti sekolah sebulan kat rumah hehe). Okaylah sampai sitok jaklah... kelak sambung gik... belanja gambar jamuan kelas anak-anak kesayangan kamek pelajar tingkatan 3 Efisien 💗 💗.
Pelajar tingkatan 3 Efisien

Anak-anak yang penuh kenakalan apabila lelaki lebih ramai daripada perempuan hehe... tapi merekalah racun mereka jugak adalah penawar... sayang kamu semua