Saturday, October 30, 2010

Semoga Berjaya


Selamat menduduki peperiksaan kepada sahabat2ku :). Semoga kalian tenang menjawab peperiksaan.:). Study Smart and Study Hard..May Allah Bless Us (^_~).

Thursday, October 28, 2010

Perginya Seorang Ahli Sejarawan

Tanggal 28/10/2010, 6.45petang telah kembali ke rahmatullah seorang ahli sejarah yang banyak berjasa kepada negara kita. Seorang yang kuat bekerja, banyak mengkaji tentang sejarah2 yang terdahulu. Beliau ialah Prof. Dato' Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, salah seorang bekas kakitangan UKM. Dari kecil kami sekeluarga mengenalinya dan kami rapat dengan beliau. semoga Allah mencucuri rahmatnya dan tergolong dikalangan orang yang soleh. Amiin

لبيك اللهم لبيك

Tanggal 23/10/2010 bermula perjalanan pakcikku ke Tanah Suci untuk menunaikan haji bersama isterinya dan para jemaah yang lain.. semoga mendapat haji yang mabruk :) insyaAllah. Kami sekeluarga menghantar pakcikku ke Kelana Jaya selepas mengambilnya di KLIA dari Kelantan... seronok sangat bila dapat menghantar orang yang nk g haji. (bila dah besar ni kali pertama dapat pergi Kelana Jaya hantar org pergi haji :)).


Kami sampai di sana agak lewat tapi mereka sempat makan makanan yg dibawa sebelum masuk ke dalam :). Bila terdengar laungan "Labbaikallahumma Labaik" menandakan para jemaah diminta masuk, hatiku tersentuh.. lama untuk mereka meninggalkan kita bagi menunaikan rukun Islam yang kelima. Kami sekeluarga mendoakan pakcik&makcikku selamat pulang, dapat menunaikan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.
Selepas menghantar pakcik&makcikku, kami bergerak ke Kuala Lipis untuk menghadiri majlis doa selamat makcikku untuk pergi haji pada Ahad ni 31/10/2010. Semoga kalian selamat pergi dan pulang :)

Monday, October 18, 2010

SYAFAKALLAH (^_^)

Assalamualaikum.. sahabat2 yang kusayangi semoga dalam keadaan sihat :). Kebelakangan ini pelbagai ujian yang Allah berikan kepada sahabat2 yang kusayangi..ya! terkesan juga ke atas diri saya..mungkin boleh dikategorikan sahabat susah senang bersama..hehe. Bak kata pepatah "Jauh Di Mata Dekat Di Hati" dan "Dekat Di Mata Eratkan Hubungan" :). Aku bersyukur sebab ketika ini aku masih dapat membantu sahabat2 yang ku sayangi samada secara "mendengar" atau "fizikal".
Semoga Allah melindungi kamu semua :).
" Sesungguhnya kamu tidak akan dapat menguasai dan memenuhi kehendak manusia dengan harta kamu, tetapi kamu boleh menguasai dan memenuhi kehendak mereka dengan kemanisan wajahmu dan keindahan akhlakmu."
Kepada sahabat ku en.F & Family, tabah menghadapi ujian, semoga abang awak cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Syafakallah

Friday, October 8, 2010

PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDOR


Salam Jumaat kepada semua pengunjung blog ini, hari ini ingin saya kongsikan ilmu yang saya dapat daripada Facebook yang di 'tag' oleh adik saya :). Ingin saya sampaikan adalah Pesanan Rasulullah Sebelum Tidor.. Ada 4 perkara yang perlu kita lakukan sebelum tidor iaitu:

Rasulullah berpesan kepada isterinya 'Aisyah r.a:

"Ya 'aisyah jangan engkau tidor sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
  1. Sebelum khatam Al-Qur'an

  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat

  3. Sebelum para muslim meredhoi kamu

  4. Sebelum kamu melakukan haji dan umrah
Bertanya 'aisyah: "Ya Rasulullah, Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"


Lalu Rasulullah bersabda: "Jika engkau tidor bacalah Surah Al-Ikhlas sebamnyak 3 kali seakan-akan kamu mengkhatamkan Al-Qur'an. Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu. Perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadat haji dan umrah."
Dapatlah kita lihat bahawa setiap yang kita lakukan ada caranya, ada adabnya, ada kelebihannya...Sunnah Rasulullah adalah sunnah yang terbaik untuk kita turuti :)
wallahuallam (^_^)

Sunday, October 3, 2010

Rumah Terbuka

Salam ukwah kepada pembaca blog saya!! :). dah lama xmenulis, last post ucapan hari raya..hehe dan ni tuk penutup hari raya :). Alhamdulillah dapat kita menyambut hari raya sebulan, rumah terbuka pun banyak sampai tak boleh nak makan..hehe, mana taknya satu hari lebih sebuah rumah mau tak penuh perut..hehe. Rumah saya tergolong dalam list yang buat rumah terbuka..hehe. Alhamdulillah hari Sabtu haritu 2/10/2010 saya n family adakan rumah terbuka, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan makanan pun habis, lega sangat..hehe. Bukannya apa 4jenis masakan kami buat dengan kuantiti yang banyak. Antara hidangannya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Beryani dan Laksam Kelantan.
Jamuan bermula 12 tengahari sampai makanan abis..hahaha, xla sampai tetamu xde:). Untuk orang jauh,saudara mara dan kawan-kawan, kami jemput dari pkul 12-5, jiran-jiran, kawan2 ayah dan mak pkul 5-malam :). Sangat meriah sampai xmenang tangan, walaupun penat kami gembira sangat :D. Tapi lepas zohor kami risau sangat bila tengok nasi dagang dalam bekas besar belum abis sparuh lagi..mna taknya 10kg kami buat tapi dalam pkul 5 nasi tu dah berkurang..fuh! lega rasanya. alhamdulillah semua yang datang dapat rasa cuma laksam je xsemua dapat rasa sebab buat sikit je, kuah ade lagi tapi laksam tak cukup, tukang yang membuatnya dah tak larat..hehe.
Kepada sahabat2ku terima kasih kerana memenuhi undangan saya, walaupun susah nak cari rumah, alhamdulillah sampai juga akhirnya :). tq biela, k.ida, najwa, siti, suraya, k.ah skluarga, nik adibah skluarga, baby, masyitah, ainur, lina, nada :). Tapi ade rasa sedih sikit :( sahabat2 dari Negeri Sembilan, yang dah lama tak jumpa, tak dapat datang...tapi alhamdulillah sedih saya ada penawarnya dengan kehadiran sahabat2 yang lain :).