Sunday, February 15, 2015
Kem Kemahiran Belajar (13-15 feb 2015)
Assalamualaikum dan selamat pagi...semoga hari ini lebih bik daripada semalam :). Hari ini, hari terakhir program kemahiran belajar yang melibatkan pelajar tingkatan 2, 3 dan 4. Penceramah yang berpengalaman berkongsi ilmu bersama-sama pelajar SMK Sebuyau. Esok dah mula cuti raya cina, kami meluaskan pandangan ke Kuching menyelesaikan apa yang belum selesai dan membeli barang keperluan. Nanti kita berjumpa lagi.
Saturday, February 14, 2015
Takziah
Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga kalian dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang :). Khamis lepas (12/2/2015, 9.45 malam), seluruh penduduk Malaysia menerima berita pemergian ulama' dan murabbi teragung Tuan Guru Nik Aziz. Hilang permata yang bernilai di atas dunia ini yang hanya diberi pinjam sementara yang Maha Pencipta. Semoga beliau tenang di sana. Banyak ilmu dan kata-kata yang telah diberi kepada kita semasa hayatnya. Semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, membuat amalan yang baik kerana mati itu pasti cuma kita tak tahu bila giliran kita.
Monday, February 2, 2015
Rindu...
Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga kalian sihat disamping orang yang tersayang dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Sedar tak sedar dah 12 hari saya di bumi Kenyalang untuk mencari rezeki dan memberi didikan kepada anak-anak Sarawak. Alhamdulillah, bila menjejakkan kaki di Sarawak dan di tempat didikan hati ini boleh menyesuaikan diri tanpa memikirkan ia terlalu sukar bagiku kerana berjauhan dengan keluarga tersayang dan orang disekelilingku, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..Allah telah meletakkan yang terbaik untuk hambanya. Tapi dalam hati ini tidak lari daripada rasa rindu terhadap keluarga, sahabat-sahabat, anak-anak didikku di SRAIBBB dan guru-guru di SRAIBBB. Dari kejauhan ku mendoakan semoga kalian semua dalam keadaan baik :). Kenangan yang meninggalkan seribu satu cerita.
Subscribe to:
Posts (Atom)