Monday, September 23, 2019

Adakah aku tidak bersyukur?

Assalamualaikum semua,  semoga kalian diberi kesihatan yang baik,  emosi yang stabil,  dan dilindungi Allah SWT.  Alhamdulillah minggu jerebu dah makin berkurangan,  Allah turunkan hujan untuk hapuskan jerebu2 yang menebal minggu lepas..  Hari ini,  rasa  apa yang say buat semuanya menyakitkan hati orang...  Emosi yang tak boleh dikawal,  sebab apa dah lama simpan ketikpuasan hati...  Tapi bila dah menunjukkan perangai yang tak senonoh ni baru rasa menyesal hehehe...  Selepas tu baru menerima bahawasanya aku boleh buat di mana sahaja berada...  Ya Allah semoga Engkau sentiasa memelihara hati dan jiwa ku ini ya Allah...  Tak sanggup rasanya menyakitkan hati orang,  diri yang rasa sedih...kadang2 terfikir adakah aku tidak pernah bersyukur...  Ya Allah nikmat apa yang perlu ku dustai sedangkan Engkau Maha pengasih yang mengasihi semua hamba Mu...  Semoga Allah melindungi keluarga ku dan sahabat-sahabatku dunia akhirat😍😍😍😍