Sunday, September 14, 2014

cuti sekolah penggal kedua..


Assalamualaikum..selamat petang, selamat bercuti kepada semua murid-muridku, guru-guru :). Semoga dapat merehatkan diri sebelum memulakan tugas yang baru :). Kepada murid-murid darjah 6, study smart untuk menghadapi peperiksaan PSRA dan dua kertas UPSR :).

Saturday, September 6, 2014

Musim Haji


Assalamualaikum..semoga para pembaca dilindungi oleh Allah dan mendapat rahmat dari-Nya. Hari Sabtu yang penuh dengan kesibukan dengan program keluarga :). Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk bersama keluarga tersayang. :). MasyaAllah membina keluarga bahagia sangatlah mudah jika ada sakinah wa mawaddah, betul tak? ye betul..membina keluarga kerana Allah, Allah akan sentiasa bersama kita :). 
Okayla hari ni, saya nak cerita tentang haji. Alhamdulillah hari ini atau malam ni, mek, toknyang dan pakcik saya akan berangkat ke tanah suci. Mereka akan berkumpul di Kelana Jaya dan kami satu keluarga akan menghantar mereka ke sana. MasyaAllah,Allah telah melapangkan masa mereka untuk menunaikan rukun Islam kelima. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Aamiin. Semoga Allah memberi kesempatan untuk saya dan keluarga menjejakan kaki di mekah dan dapat beribadah di sana :).

Saturday, August 30, 2014

Ujian Tarbiah Dari Allah

sayang Allah pada hambaNya
Assalamualaikum selamat tengahari selamat berehat di hari Sabtu yang indah :). Semoga kalian ceria-ceria selalu, diberi kesihatan yang baik :). Alhamdulillah dapat saya meluangkan sedikit masa untuk update blog yang dah lama tak di 'update' kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan :). Ok, jom baca apa yang nak saya ceritakan hari ini :).
Tahun ini merupakan tahun kesedihan bagi rakyat Malaysia terutama sekali bagi keluarga-keluarga yang kehilangan ahli keluarga. Antara bencana yang menimpa adalah kehilangan MH370 dan MH17 yang ditembak ketika pulang ke Malaysia. Semoga mereka ditempatkan dari golongan yang beriman. Dugaan Allah merupakan dugaan yang mampu kita hadapi dan Allah menguji kita sebab Allah sayangkan kita. Makin dekat kita dengan Allah makin sayang Allah dengan kita dan ujian Allah untuk menguji keimanan kita. 
MasyaAllah ujian Allah ini pelbagai bentuk, ada diuji dengan wang ringgit, keluarga, sahabat handai, ditempat kerja dan sebagainya. Bila berhadapan dengan manusia macam-macam perangai yang dapat kita perhatikan, ada yang suka menolong, ada yang mementingkan diri sendiri, ada yang memilih dalam menghulurkan pertolongan..semua ni boleh dilihat ditempat kerja. Orang yang tak kisah untuk menghulurkan bantuan, digunakan oleh orang lain sebaik mungkin tanpa memikirkan hubungan persahabatan. Ya Allah, semoga Engkau memberi kekuatan kepada mereka. Semoga mereka sentiasa berfikiran positif, sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita walau apapun yang terjadi. 
"Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat penting diri, seorang yang sombong, seorang yang jauh dari Mu. Ya Allah, Engkau berkatilah pekerjaanku, Engkau tabahkan hati ku dalam mendidik anak-anak generasi y, Engkau berikanlah aku ketenangan dalam membuat keputusan dan semoga aku sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah". Aamiin.
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-57 !!!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke -57

Saturday, July 26, 2014

Nasihat Itu Perlu


Assalamualaikum..salam ramadhan kareem..Alhamdulillah sudah dipenghujung ramadhan..kita mampu melawan nafsu-nafsu yang sentiasa mendapingi kita di hari biasa. Semalam hari Jumaat (25/7/2014), hari terakhir sebelum cuti sekolah. Dalam Jumaat yang penuh barakah dapat saya berbincang, berborak tentang alam pekerjaan bersama seorang guru yang boleh dikagumi daripada sikapnya yang sabar dan niatnya hanya kerana Allah s.w.t, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat. Alhamdulillah bekerja dengan beliau sangat selasa. Daripada pengalaman yang beliau alami dapat memberi gambaran dan situasi profesion seorang guru. Pesanan yang paling memberi kesan kepada saya adalah dah tiba masanya awak kena bersosial, awak kena 'baca orang', jangan kita berdendam dengan orang yang buat kita, kita ada Allah, Allah akan tolong kita. Ya, tak dinafikan semua tu..Kita perlu mengenali setiap oramg yang kita dampingi supaya tidak menyakiti hati sesiapa. InsyaAllah saya akan pegang kata-kata tu, thanks sir, u always give support and advice to me, May Allah bless you and get barakah all things that you did. Semoga persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila :).

Friday, July 18, 2014

Murid-muridku SRAIBBB

Riak wajah mereka menceritakan seribu macam cerita..Semoga kalian dilindungi Allah, mendapat keberkatan, ilmu dipelajari kekal sampai bila-bila dan dapat menyampaikan kepada orang lain :)


Salam Ramadhan


Salam Ramadhan kareem..semoga ramadhan kali ini memberi satu kerahmatan untuk kita semua :). Alhamdulillah dah 21 hari kita berpuasa dan macam-macam dugaan rakyat Malaysia hadapi..Saya percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya, samada hikmah itu datang secara cepat atau lambat. Yang penting redha dengan setiap apa yang terjadi. 

Tuesday, June 24, 2014

Ketentuan Allah s.w.t

Assalamualaikum, semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah s.w.t. Hari ini, saya terkejut dengan satu berita tentang sahabat fb yang kemalangan (24/6/2014). Walaupun saya tidak mengenalinya tapi rasa terkejut bagaikan sahabat yang dah lama saya kenali. Semoga beliau cepat sedar dari koma dan semoga mendapat keajaiban dari Allah s.w.t. Setiap yang berlaku adalah ketentuan dari yang Maha Esa. Dialah yang Menghidupkan dan Mematikan makhluk di muka bumi ini. Semoga sahabat-sahabat saya yang lain tabah menghadapi dugaan hidup. Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu hadapinya.

Thursday, June 12, 2014

Aktiviti Cuti Sekolah :)

Assalamualaikum pembaca-pembaca blog :). Semoga kalian dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. Cuti sekolah dah nak berakhir, minggu depan dah mula sekolah. Mulanya sekolah, mulalah kesibukan di sekolah :). Hari in saya nak menyelitkan beberapa gambar sepanjang percutian. Alhamdulillah percutian yang sangat seronok walaupun perjalanan yang sangat jauh. Dapatlah saya dan family bertadabbur melihat ciptaan Allah yang sangat luas yang manusia pun tak akan mampu menandingi yang Maha Esa. :)






Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum, semoga kalian sihat sejahtera dan setiap amalan kita buat mendapat keberkatan dari Allah. Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru yang disambut oleh seluruh sekolah di Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru telah berkhidmat di sekolah untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Pada hari tersebut, dapatlah kita lihat cikgu mana yang menjadi pilihan murid-murid untuk diberikan hadiah. Apabila kita dapat sesuatu daripada murid-murid, kita rasa sangat dihargai, Alhamdulillah itulah yang saya rasa. Saya mendoakan agar mereka cemerlang dalam pelajaran dan cemerlang dalam menyusun kehidupan sebab makin lama makin banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi terutama dari segi pemikiran dan penyebaran pelbagai budaya, fahaman samada dari dalam atau luar negara. Selamat Hari guru kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarahsaya dari tadika (Tadika Furqan, Aulad Centre), Sekolah rendah (SRI Al-Amin Bangi), Sekolah Menengah ( SMKJ3,SMATKEM), diploma (KTIAM), degree (IIUM). trima kasih kerana mendidik saya sehingga menjadi seorang pendidik, semoga kalian dilindungi dengan rahmat Allah s.w.t. Selamat Hari Guru! :)

Selamat Hari Ibu


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari ibu kepada mak saya dan ibu-ibu di Malaysia, semoga kalian dilindungi Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Ibu, tidak ternilai harganya dan ianya tidak boleh dijual beli kerana dialah satu-satunya ibu yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita. Pinjaman dari Allah untuk kita jaga dan ianya tiada pengganti apabila ia kembali kepada yang Maha Berkuasa. Oleh itu, kawan-kawan, sahabat-sahabat dan para pembaca marilah sama-sama kita menghargai ibu kita, mendengar cakap beliau selagi tidak melanggar syariat Islam kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan beliau didunia dan di akhirat :).

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما کما ربياني صغيرا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi.

Friday, May 9, 2014

Niat kerana Allah s.w.t

Assalamualaikum..Alhamdulillah hari ini dapat saya coretkan sedikit di laman blog saya :).Minum kopi beberapa cawan membuatkan mata masih segar..hehe. Okaylah, hari ni saya nak selitkan sedikit tentang niat kerana Allah iaitu membuat sesuatu perkara niat kerana Allah. Cuba kita fikirkan sejenak, adakah hari ini kita membuat sesuatu kerana Allah?. Jika ya, apa yang kita rasakan dan jika jawapannya tidak apa yang kita rasa...perkara ini boleh juga diumpamakan jika kita berfikiran positif, perkara yang kita lakukan akan menjadi positif, jika kita berfikiran negatif, perkara yang kita lakukan akan menjadi negatif. Alhamdulillah, hari ini saya dapat merasakan apa yang saya lakukan berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit tersilap buat tapi saya tidak merasakan kesilapan yang saya buat ini menjadikan ia satu beban tapi ia membuatkan saya akan melakukan yang lebih baik.



Setiap apa yang kita lakukan dan kesilapan yang kita lakukan akan menjadikan satu ilmu baru yang kita pelajari..untuk mendapatkan ilmu tidak semestinya dengan pembacaan sahaja tapi dengan pengalaman yang kita perolehi juga merupakan satu pembelajaran untuk kita :). Oleh itu, marilah sama-sama kita betulkan niat kita untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t :) .


Okaylah, sama-sama kita muhasabah diri kita dalam memperbaiki mutu keimanan kita, tepuk dada tanya Iman :). 

Sunday, May 4, 2014

KAMIL Negeri 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah di pagi ahad yang indah ini dapat kita menghirup udara yang segar :). Hari ini, saya nak ceritakan tentang pertandingan kemahiran amal islami (KAMIL) peringkat negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Rawang. Semua peserta berkumpul di SRAIBBB jam 6 pagi dan kami bergerak jam 6.40 pagi. Alhamdulillah kami sampai di sekolah SAMER jam 8 pagi. Dua sekolah digunakan untuk pertandingan. Di SAMER acara SRA dan di SRA Tun Teja acara SRAI. Saya menunggu peserta acara SRAI, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah dan kebimbangan sepanjang perjalanan kami dan semasa program berlangsung :). Tahniah kepada peserta Kalam Jama'ie tempat ketiga, aplikasi komputer tempat kedua, syarahan bahasa melayu tempat kedua, bercerita bahasa inggeris tempat pertama..Bagi yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan :). Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang perjalanan program :).

Aplikasi Komputer

Bercerita Bahasa Inggeris

Berganbar Sebelum Pulang

Choral Speaking

Jurulatih dan Guru Pengiring

Jurulatih dan Guru Pengiring

Kalam Jama'ie

Kuiz

Menang atau Kalah tetap Bergembira :)

Syarahan Bahasa Melayu

Kenangan yang tidak dapat dilupakan..semoga setiap pertemuan menjadi satu ikatan yang kukuh walaupun jauh dimata tapi dekat dihati dan setiap pertemuan dan perpisahan mendapatan keberkatan dari Allah s.w.t :)

Friday, May 2, 2014

Murid-muridku SRAIBBB


Assalamualaikum para pembaca :), semoga hari Jumaat yang mulia ini menjadi pemangkin untuk kita berjuang ke jalan Allah s.w.t. Semalam adalah hari cuti umum untuk pekerja..ramai mereka yang keluar berjalan-jalan bersama keluarga masing-masing :). Dan saya pula keluar ke pameran buku di PWTC bersama-sama anak muridku 5 Amanah dan dua orang adikku yang menjadi teman setiaku..hehe. Alhamdulillah, hari yang paling seronok sebab dapat menunaikan janji saya untuk bawa mereka ke pameran buku antarabangsa :). Di samping tu dapat juga berjumpa sahabat di booth JAKIM merangkap ex-guru SRAIBB dan ex-guru kelas mereka tahun lepas :). Sangat menyeronokkan walaupun tak dapat berbual panjang dengan cikgu Nisa' :).. InsyaAllah jika ada rezeki kita jumpa lagi :). Thanks kamu semua kerana memenuhi kehendak cikgu untuk bawa kamu ke pameran buku :)..semoga menjadi ingatan dan kenangan sampai bila-bila :). Thanks Halimah, Farzana, Aminah dan Amna, semoga menjadi murid dan anak yang solehah :).

Terima kasih untuk e-card yang cantik dan menarik :).

Wednesday, April 30, 2014

Pemuda Budiman


Hari ini dalam sejarah, kereta tiba-tiba mati sebab kehabisan minyak..hehe, mati tempat yang penuh sesak, nasib baik takde siapa-siapa yang hon..nak tolak kereta ke tepi tak terdaya sorang-sorang..dalam 10 minit ada seorang pemuda budiman 1 yang sudi menolak kereta ke tepi, alhamdulillah..sambil menunggu ayah datang untuk menghulurkan bantuan, ada seorang pemuda budiman 2 yang datang bertanya, dengan tersipu-sipu saya menjawab kehabisan minyak (malu salah sendiri tapi hadapi jugaklah..hehe). Pemuda tersebut menghulurkan bantuan, dia boleh membeli minyak untuk saya..mula2 rm 5 tapi tak cukup untuk cc 1.3, dia sanggup pergi semula untuk membeli minyak..alhamdulillah baru hidup kereta tu, lepas tu, terus pergi isi minyak separuh, dah tak nak sejarah berulang..terima kasih pemuda budiman :) , semoga Allah membalas jasa kalian dan memberi rezeki yang melimpah ruah :).

Monday, April 28, 2014

selamat pagi :)

Assalamualaikum semua, pagi yang sangat indah dan permulaan untuk minggu yang baru, Alhamdulillah Allah masih memberi kita oksigen untuk bernafas :) dan mudah-mudahan Allah permudahkan setiap urusan kita dan mendapat keberkatan dari Allah. Semoga setiap apa yang kita lakukan samada perkara itu mudah atau susah janganlah kita mengeluh. Jika dapat menyelesaikannya jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Allahumma yassir wala tu'aasir bikhair tamim.


Sunday, April 27, 2014

Permulaan 2014 (sahabat)

Assalamualaikum para pembaca :). Sekian lama tidak menulis atas faktor yang tak dapat dielakkan. Alhamdulillah hari ini dapat saya mencoretkan sedikit walaupun tak banyak hehehe..First post untuk 2014 ni, saya nak mencoretkan sedikit tentang kata-kata seorang sahabat yang saya sayangi :)" Bila asyik berbicara soal ukhwah fillah, hampir dilupakn sahabat lillah". Yup, saya terfikir tentang kata-kata hikmah tu. Kita mempunyai ramai sahabat, kenalan, rakan, dan teman. Setiap perkenalan yang ingin kita lakukan mempunyai pelbagai sebab, bila kita serasi bersamanya kita inginkan ukhwah berpanjangan sampai bila-bila tapi kita lupa setiap yang kita lakukan, perhubungan yang ingin kita jalinkan kerana apa...ya, setiap perhubungan walhal tindakan kita pun mestilah kerana Allah s.w.t. Apabila kita buat kerana Allah, InsyaAllah akan mendapat keberkatan dari-Nya dan perhubungan persahabatan kita insyaAllah akan kekal sampai bila-bila, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati.