Friday, July 27, 2018

Aura negatif

Asslamualaikum.. semoga pembaca sihat sejahtera disamping orang yang disayangi :-) ... siapa yang sedang aura negatif cepat2 tukar menjadi aura positif okay :-) ... aura negatif sangat bahaya kerana ia boleh mengganggu emosi dan fizikal kita dan kadang2 boleh mempengaruhi orang sekeliling kita... berfikiran negatif yang keterlaluan membuatkan diri kita kurang berkeyakinan, sebab apa? Belum mencuba dah buat keputusan.. ini menyebabkan keputusan yang diterima akan menjadi negatif... mencuba tidak salah yang penting jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi melebihi yakin kita pada Allah. Tidaklah saya mengatakan saya seorang yang sempurna, saya insan biasa yang kadang2 ada berfikiran negatif juga... tp sebelum buat apa2 dah meletakkan keputusan yang negatif itu yang bahaya... emmm, sentiasalah bersikap positif jiwa akan tenang... bergantunglah pengharapan pada Allah, Allah akan sentiasa melindungi kita... apabila aura negatif tu datang cepat2 positifkan diri okay :-) ... sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment