Monday, May 19, 2014

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum, semoga kalian sihat sejahtera dan setiap amalan kita buat mendapat keberkatan dari Allah. Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru yang disambut oleh seluruh sekolah di Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru telah berkhidmat di sekolah untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Pada hari tersebut, dapatlah kita lihat cikgu mana yang menjadi pilihan murid-murid untuk diberikan hadiah. Apabila kita dapat sesuatu daripada murid-murid, kita rasa sangat dihargai, Alhamdulillah itulah yang saya rasa. Saya mendoakan agar mereka cemerlang dalam pelajaran dan cemerlang dalam menyusun kehidupan sebab makin lama makin banyak cabaran yang perlu mereka tempuhi terutama dari segi pemikiran dan penyebaran pelbagai budaya, fahaman samada dari dalam atau luar negara. Selamat Hari guru kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarahsaya dari tadika (Tadika Furqan, Aulad Centre), Sekolah rendah (SRI Al-Amin Bangi), Sekolah Menengah ( SMKJ3,SMATKEM), diploma (KTIAM), degree (IIUM). trima kasih kerana mendidik saya sehingga menjadi seorang pendidik, semoga kalian dilindungi dengan rahmat Allah s.w.t. Selamat Hari Guru! :)

Selamat Hari Ibu


Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan selamat hari ibu kepada mak saya dan ibu-ibu di Malaysia, semoga kalian dilindungi Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Ibu, tidak ternilai harganya dan ianya tidak boleh dijual beli kerana dialah satu-satunya ibu yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita. Pinjaman dari Allah untuk kita jaga dan ianya tiada pengganti apabila ia kembali kepada yang Maha Berkuasa. Oleh itu, kawan-kawan, sahabat-sahabat dan para pembaca marilah sama-sama kita menghargai ibu kita, mendengar cakap beliau selagi tidak melanggar syariat Islam kerana setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah satu doa. Marilah kita sama-sama mendoakan kebahagiaan beliau didunia dan di akhirat :).

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما کما ربياني صغيرا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi.

Friday, May 9, 2014

Niat kerana Allah s.w.t

Assalamualaikum..Alhamdulillah hari ini dapat saya coretkan sedikit di laman blog saya :).Minum kopi beberapa cawan membuatkan mata masih segar..hehe. Okaylah, hari ni saya nak selitkan sedikit tentang niat kerana Allah iaitu membuat sesuatu perkara niat kerana Allah. Cuba kita fikirkan sejenak, adakah hari ini kita membuat sesuatu kerana Allah?. Jika ya, apa yang kita rasakan dan jika jawapannya tidak apa yang kita rasa...perkara ini boleh juga diumpamakan jika kita berfikiran positif, perkara yang kita lakukan akan menjadi positif, jika kita berfikiran negatif, perkara yang kita lakukan akan menjadi negatif. Alhamdulillah, hari ini saya dapat merasakan apa yang saya lakukan berjalan dengan lancar walaupun ade sedikit tersilap buat tapi saya tidak merasakan kesilapan yang saya buat ini menjadikan ia satu beban tapi ia membuatkan saya akan melakukan yang lebih baik.



Setiap apa yang kita lakukan dan kesilapan yang kita lakukan akan menjadikan satu ilmu baru yang kita pelajari..untuk mendapatkan ilmu tidak semestinya dengan pembacaan sahaja tapi dengan pengalaman yang kita perolehi juga merupakan satu pembelajaran untuk kita :). Oleh itu, marilah sama-sama kita betulkan niat kita untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t :) .


Okaylah, sama-sama kita muhasabah diri kita dalam memperbaiki mutu keimanan kita, tepuk dada tanya Iman :). 

Sunday, May 4, 2014

KAMIL Negeri 2014

Assalamualaikum dan selamat pagi, alhamdulillah di pagi ahad yang indah ini dapat kita menghirup udara yang segar :). Hari ini, saya nak ceritakan tentang pertandingan kemahiran amal islami (KAMIL) peringkat negeri Selangor 2014 yang diadakan di Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER), Rawang. Semua peserta berkumpul di SRAIBBB jam 6 pagi dan kami bergerak jam 6.40 pagi. Alhamdulillah kami sampai di sekolah SAMER jam 8 pagi. Dua sekolah digunakan untuk pertandingan. Di SAMER acara SRA dan di SRA Tun Teja acara SRAI. Saya menunggu peserta acara SRAI, alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah dan kebimbangan sepanjang perjalanan kami dan semasa program berlangsung :). Tahniah kepada peserta Kalam Jama'ie tempat ketiga, aplikasi komputer tempat kedua, syarahan bahasa melayu tempat kedua, bercerita bahasa inggeris tempat pertama..Bagi yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan :). Dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang perjalanan program :).

Aplikasi Komputer

Bercerita Bahasa Inggeris

Berganbar Sebelum Pulang

Choral Speaking

Jurulatih dan Guru Pengiring

Jurulatih dan Guru Pengiring

Kalam Jama'ie

Kuiz

Menang atau Kalah tetap Bergembira :)

Syarahan Bahasa Melayu

Kenangan yang tidak dapat dilupakan..semoga setiap pertemuan menjadi satu ikatan yang kukuh walaupun jauh dimata tapi dekat dihati dan setiap pertemuan dan perpisahan mendapatan keberkatan dari Allah s.w.t :)

Friday, May 2, 2014

Murid-muridku SRAIBBB


Assalamualaikum para pembaca :), semoga hari Jumaat yang mulia ini menjadi pemangkin untuk kita berjuang ke jalan Allah s.w.t. Semalam adalah hari cuti umum untuk pekerja..ramai mereka yang keluar berjalan-jalan bersama keluarga masing-masing :). Dan saya pula keluar ke pameran buku di PWTC bersama-sama anak muridku 5 Amanah dan dua orang adikku yang menjadi teman setiaku..hehe. Alhamdulillah, hari yang paling seronok sebab dapat menunaikan janji saya untuk bawa mereka ke pameran buku antarabangsa :). Di samping tu dapat juga berjumpa sahabat di booth JAKIM merangkap ex-guru SRAIBB dan ex-guru kelas mereka tahun lepas :). Sangat menyeronokkan walaupun tak dapat berbual panjang dengan cikgu Nisa' :).. InsyaAllah jika ada rezeki kita jumpa lagi :). Thanks kamu semua kerana memenuhi kehendak cikgu untuk bawa kamu ke pameran buku :)..semoga menjadi ingatan dan kenangan sampai bila-bila :). Thanks Halimah, Farzana, Aminah dan Amna, semoga menjadi murid dan anak yang solehah :).

Terima kasih untuk e-card yang cantik dan menarik :).