Saturday, August 11, 2018

MENCORAKKAN KAIN PUTIH

Assalamualaikum pembaca-pembaca yang budiman, semoga kalian dibawah lindungan rahmat dan kasih-sayang Allah SWT. Sambil menunggu program NEW CALIPH tamat untuk malam ni, saya nak menceritakan tentang "mencorakkan kain putih".. bukan kain kapan tapi simbolik kepada didikan ibubapa kepada anak-anak mereka... ingin saya katakan bahawa didikan yang pertama bermula dengan didikan ibubapa... merekalah yang akan mencorakkan anak2 sama ada menjadi anak yang soleh atau sebaliknya. Tetapi untuk menyalahkan ibubapa 100%  mungkin tidak kerana ia melibatkan persekitaran dan masyarakat sekeliling. Tetapi ibubapa perlu mendidik anak-anak tentang akidah Islamiyah supaya iman mereka menjadi kuat... kemana sahaja mereka pergi mereka akan memegang iman mereka supaya tidak goyah.. jaga hubungan dengan Allah insyaAllah Allah akan menjaga kita... berserah pada Allah apabila kita telah berusaha. Coraklah mereka sebaik-baiknya kerana Allah SWT. :-) :-)

No comments:

Post a Comment