Thursday, June 22, 2017

Raya dah dekat :-) 27 Ramadhan 1438H

Assalamualaikum...salam Ramadhan kareem, semoga kalian bawah lindungan rahmat Allah s.w.t. Alhamdulillah puasa hampir ke penghujung menandakan raya hampir tiba... rasa sedih nak tinggalkan bulan ramadhan sebab ape time bulan ni istiqamah buat amalan yang jarang kita buat... semoga kita semua masih istiqamah dalam melaksanakan ibadah2 sunat walaupun bukan bulan ramadhan. Ameen insyaAllah. Okay, hari raya merupakan hari kemenangan untuk umat Islam selepas berpuasa selama 30 hari, tanda kita bersyukur denganI nikmat yang Allah berikan kepada kita. Selain itu, mengingatkan kita kepada orang susah terpaksa menahan lapar dan dahaga..negara kita yang mewah makanan sedangkan negara lain rakyatnya terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan makanan. Sentiasalah kita mengucapkan syukur kepada Alah s.w.t dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita sehingga hari ini. Okaylah sampai, sini sahaja... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin, berhati-hati di jalanraya, makan berpada-pada supaya tak sakit perut. :-)


Monday, June 12, 2017

Al-Quran paling agung 17 Ramadhan 1438H

Assalamualaikum semua!!!selamat malam hehe... kawan tengah melayan cerita andai takdirnya, saya kat sini mencoret-coret apa yang patut... alhamdulillah selesai 17 Ramadhan...hari ni jugak merupakan hari paling agung iaitu hari al- Quran diturunkan atau dinamakan Nuzul Quran... kitab al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada umat Islam... al-Quran merupakan kitab yang kekal sehingga hari akhirat dan ia juga merupakan pegangan kepada umat Islam supaya tidak tergelincir dari landasan... semua yang berlaku atas dunia ini ada penyelesaiannya di dalam al-Quran. Al-Quran jika kita menjaga dan mengamalkannya,ia akan menjadi pelindung kita di akhirat nanti. Okaylah sampai sini dulu ye...semangat kawan kita memberi respon setiap scene....nanti tulis lagi :-) :-)
Belanja sikit gambar... rindu anak2 SRAIBBB

Sekarang dh tingkatan 2 hehe

Sunday, June 4, 2017

#tb 25-27 April 2017 Sukan Tahunan SMK Sebuyau 2017

Alhamdulillah... Allah masih mengizinkan kita untuk bernafas di bumi Allah ini... hari ini hari ke-10 kita berpuasa alhamdulillah.... hari ini pun dah mula buat biskut raya... dah2 jom kita imbau kenangan hari sukan :-) 2 tahun saya menjadi pengadil lontar peluru... hehe, pergi taklimat dengar apa yang perlu dibuat dan disediakan, hari kejadian rasa nervous nak jadi pengadil sebab peserta kebanyakan atlet sekolah..hehe tapi takpe mengutip pengalaman.. pembantu saya setiap tahun berbeza-beza..alhamdulillah mereka memberi komitmen yang bagus hehe... 3hari bersukan kulit pun dah hitam.. tapi dapat cuti peristiwa 4hari kami dapat cuti hoooraaayyyy!!!! Tapi tahun ni... setiap rumah sukan memberi saingan yang sengit... paling hebat rumah kuning dari kedudukan terakhir hari kedua tapi terutama hari ketiga mereka pulun habis-habisan sampai jadi juara... alhamdulillah.. bak kata pujangga "jangan mengalah sebelum habis berjuang" kuatkan semangat.. cikgu kuat semangat anak-anak buah akan ter"inject" semangat daripada cikgunya...keep it up! Be strong! Okaylah sampai sini dulu, saya belanja gambar sikit :-) :-)

Gambar atlet sikda..gambar pembantu setia kamek jak hehe
Badan yang sihat membina otak yang cerdas... laju laju kita bersukan!! Hehe

#tb 16 Mei 2017 Hari Guru

Assalamualaikum semoga kalian dalam rahmat Allah s.w.t :-) hari ini saya nak mengimbau kenangan menyambut hari guru :-) Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... bertungkus lumus pengawas dan kaunselor aka sahabat saya cik dhamirah adibah menyiapkan projek sambutan hari guru sampai demam lah cik dham kita tu. ... usaha tangga kejayaan.. setiap usaha yang kita lakukan insyaAllah membuahkan hasil yang lumayan setimpal dengan usaha yang kita dah lakukan..bak kata makcik saya buat sesuatu benda untuk seronok2 barulah tak stress.. hehe... okaylah tahun ni paling tak sangka menang anugerah "semanis honey", tang mana manis tak taulah hehe.. tiap2 tahun redha je..tak menang anugerah takpe  yang penting menang dihati pelajar2 (cia cia cia cia hahaha)... betul apa, bukan senang nak tackle budak sekolah menengah ni... banyak nau songehnya...salah usik lain jadinya.. hehe.. tahun ni tema tradisional jadi permainan pun tradisonal... alhamdulillah seronok sangat hehe...okaylah sampai sini dulu... saya belanja gambar sikit ye... hehe

Guru adalah ibubapa kedua di sekolah, didiklah mereka seperti anak kita sendiri tetapi ibubapa dirumah perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak kerana setiap tingkah laku anak-anak adalah cermin kepada tingkahlaku ibubapa

Saturday, June 3, 2017

#tb 22-23/4/17 Kem Ibadah Hikmah 2017

Assalamualaikum... selamat pagi.. mood di pagi hari rasa nak mengimbau kenangan hehe... sahur dh solat subuh dh.. mengaji kejap2 lagi tunggu semua dah sedia hehe.. hari ini nak mengimbau kenangan berkem ibadah bersama anak-anak smk Sebuyau... alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun asyik bertangguh-tangguh tarikhnya sebab banyak rintangan dan halangan hehe(kononnya..). Program ini diurus oleh Kelab Remaja Hikmah bahagian Samarahan dan dibantu oleh guru2 yang melibatkan diri... alhamdulillah berjaya menghabiskan kem dua hari dengan jayanya... pelajar2 pun nampak seronok, semoga program ini memberi sedikit ilmu kepada pelajar untuk berjaya di dunia dan di akhirat... ameen. Saya belanja gambar sikit :-) :-)
Kem Ibadah 2017
" Berubah kerana Allah,insya Allah hidup diberkati"

Friday, June 2, 2017

#tb 15-16/3/17 MTAQ Bahagian Samarahan

Assalamualaikum..semoga anda ceria2 selalu di bulan yg penuh barakah ini... alhamdulillah cuti sekolah 2 minggu ni dpt puasa 2 minggu dengan family :-) :-) .... sepanjang 2 minggu cuti ni, saya akan mengimbas kenangan sepanjang bulan2 yang lepas :-) ... ting ting ting!!! Majlis Tadarus Al-Quran peringkat bahagian samarahan ... alhamdulillah beberapa orang pelajar dari smk sebuyau terpilih untuk mewakili ke peringkat bahagian... masa tulah pertandingan masa tu jugak lah peperiksaan awal tahun sebelum cuti sekolah... semuanya perlukan pengorbanan baik guru ataupun pelajar tu sendiri :-) ... saya belanja gambar sikit :-) :-)

Suka suki sempena MTAQ bahagian Samarahan 2017

Thursday, June 1, 2017

Ting ting ting

Assalamualaikum, selamat menyambut ramadhan al-mubarak :-) ....bersawang blog saya..almaklumlah setahun lebih tak menulis.. kekangan masa dan waktu dan kurang kerajinan untuk menulis.. banyak cerita yang nak dikongsikan tapi hanya simpan dalam memori.. banyak perkara yang berlaku.. baik yang manis ataupun pahit tapi...tu semua adalah rencah kehidupan, diri sendirilah yang kena seimbangkan "rasa" untuk menikmati kehidupan atas dunia ini... yang penting kita kena sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t :-) :-) keep smile :-) :-). Oklah untuk penulisan pertama tahun 2017, nanti sambung lagi... keep it up! Be strong! Hidup dirantau orang kena kuat yakin Allah sentiasa bersama kita.