Wednesday, April 1, 2015

Usrah

Assalamualaikum para pembaca semua, semoga dirahmati Allah dan mendapat keberkatan dari-Nya. Alhamdulillah pagi yang nyaman di bumi sebuyau ni membuatkan mood saya untuk update blog makin berbunga-bunga..hehe. Mai sini saya nak cerita tentang semalam..Alhamdulillah Allah memberi ketenangan kepada diri saya selepas menyertai usrah malam tadi..petang semalam keyakinanku turun bawah 50% dengan sikap2 pelajar kesayanganku..setiap hari saya selalu terfikir bagaimana untuk membuatkan pelajar-pelajar ni ada minat untuk belajar..yang mampu saya lakukan berdoa kepada Allah semoga diterangkan hati mereka untuk menambah ilmu agama..
Okaylah stop untuk mood yang kurang best. Arini saya nak ceritakan tentang usrah malam tadi..pertama kali saya melibatkan diri dalam usrah secara official...Alhamdulillah seronok sangat, rasa tenang sangat, rasa lapang sangat dada. Permulaan dengan taaruf, alhamdulillah dapat mengenali sahabat-sahabat dengan lebih mendalam. Terasa ukhuwah yang terjalin..macam-macam topik yang diceritakan daripada diri sendiri, pendidikan sehingga tentang jodoh. Masing-masing meluahkan pendapat :). Alhamdulillah..saya berharap usrah akan sentiasa diadakan bagi berkongsi ilmu, pandangan, saling kenal mengenali :). Tinggal berjauhan dengan keluarga menjadikan sahabat-sahabat sebagai keluarga kita :). Okaylah sampai sini dulu assalamualaikum :).

selepas usrah makan bersama-sama

اخوه في الله ابدا ابد

No comments:

Post a Comment