Sunday, March 29, 2015

Rahmat Allah


Assalamualaikum para pembaca sekalian..semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya :). Mulakan dengan Bismillah dengan setiap permulaan perkara yang kita akan lakukan dan di akhiri dengan Alhamdulillah :). Hari ini ingin saya ceritakan tentang rahmat dari Allah s.w.t..Rahmat dari Allah..persoalan yang ditimbulkan oleh bekas pelajar saya...dia tanya macam mana nak dapat rahmat dari Allah. Terfikir sejenak bagaimana nak menyampaikan pertanyaan dari beliau..emm.. Apakah maksud rahmat Allah? Rahmat Allah ialah pemberian Allah kepada kita untuk kebaikan kita. Contohnya, Allah menurunkan hujan untuk menyuburkan tumbuhan dan bila tumbuhan mengeluarkan hasil manusia dapat menikmatinya. Selain itu, Allah memberikan kita keluarga untuk kita mengeratkan silaturrahim, hidup harmoni, dapat menunaikan ibadah bersama-sama.
Rahmat Allah ni sentiasa ada..Allah Maha Pemurah, Maha Pemberi.. Kita sebagai manusia perlu sentiasa berlapang dada, berfikiran positif, sentiasa redha dengan apa yang terjadi. Yang paling penting sentiasa niat kerana Allah :). Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita :). 


Okaylah..sampai sini dulu, nanti kita sambung lagi...selamat malam semua!! Assalamualaikum :).


No comments:

Post a Comment