Wednesday, March 25, 2015

Mengenali dan Dikenali

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.. Alhamdulillah Allah masih memberi kita nyawa untuk bernafas di atas dunia ini untuk mencari rezeki, ilmu dan beribadah kepada yang Maha Esa..syukur alhamdulillah :). Pagi yang indah, sejuk dan nyaman di bumi Sebuyau ini :). 
Topik hari nak bercakap tentang "mengenali dan dikenali"...bila tinggal berjauhan dengan keluarga dan perlu tinggal di rumah sewa bersama kawan-kawan lain, baru saya dapat berdikari sepenuhnya, dapat mengenali kawan-kawan yang berlainan negeri. Alhamdulillah saya dapat sahabat serumah yang baik dan saling tolong menolong, makin lama kita bersama makin mendalam kita dapat mengenali dan dikenali.. tapi satu je yang masih tertanya-tanya mana sahaja saya pergi mesti ada iras sahabat-sahabat saya yang lain contohnya dari segi perwatakan, rupa paras, tingkah laku dan kesihatan...Bila sebut pasal kesihatan rasa macam nak menangis..saya paling takut bila sahabat-sahabat saya sakit tapi saya menerimanya sebagai ujian dari Allah..masa ni la kita nak tengok kawan susah dan senang kan....bila perlukan pertolongan mungkin saya lambat sikit bertindak ( sebab kena fikir dulu nak bawa g klinik ke tak..hehe) tapi dalam hati memang saya risau (kononya seorang yang cool hehe)..saya taknak terjadi apa-apa dengan sahabat saya...emm, saya tak suka pergi hospital sebab tu saya tak kan suruh sahabat saya pergi hospital melainkan memang kalau sakit yang mengancam nyawa wajib pergi hospital...hehe. Ya Allah engkau sembuhkanlah kesihatan sahabat-sahabatku semoga mereka dapat menjalankan tugas kerana-Mu ya Allah. 

Nur Azyan Syazwani & Dhamirah Adibah


Semoga persahabatan kita kekal selama-lamanya

Bersahabat kerana Allah,
 Hidup akan tenang,
Pertolongan dari Allah sentiasa ada,
Semoga mendapat keberkatan dari-Nya
Okaylah sampai sini dulu topik kita hari ini...hehe, luahan rasa untukMu ya Allah...Engkau berkatilah pekerjaan kami, hidup kami, keluarga kami dan semoga pelajar-pelajar kami menjadi orang berilmu dan beragama. :)

No comments:

Post a Comment