Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Saturday, April 20, 2024

[Part 1] After 5 years... Alhamdulillah new life, new school, new environment.

Assalamualaikum, kembali bersua selepas 5 tahun menyepi since 2019, last posting 2019... hehehehe, biasalah menulis ni ikut mood kan dengan kerja yang banyak tak sempat untuk diri sendiri. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada saya untuk menikmati hidup atas dunia ini😍. Sepanjang 5 tahun ni dari 2020 - 2024 macam-macam kisah yang dilalui... dengan covid melanda dunia menyebabkan kami sebagai anak perantau tak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya (ececeh macamlah duk luar negara hahahaah, sarawak je pun😁😁). awal 2021 raya puasa dan raya haji di Sebuyau, Sarawak. Pujuk diri ada hikmah kenapa kena beraya di Sarawak, manalah tau dapat pindahkan😂, sekurang-kurangnya orang tanya suasana beraya di negeri orang dapatlah kita bercerita hahaha. 
Wajah-wajah ceria menyambut raya bersama sahabat dan anak-anak Sebuyau

Dalam keredhaan menunggu giliran untuk dapat pindah ke semenanjung, mengajar anak-anak tingkatan 5 untuk SPM dengan penuh cabaran apabila kelas perlu dilaksanakan atas talian, hanya berjumpa mereka di alam maya sahaja. Hujung bulan Ogos 2021, tiba-tiba kawan call lebih kurang jam 6.40 pagi minta cek eg-tukar, dalam mamai bukalah website eg-tukar tanpa ada keterujaan dan pengharapan untuk dapat pindah kerana fikirkan murid tingkatan 5 nak exam SPM dan guru Pendidikan Islam ketika itu tidak cukup😁😁, CAKKK! permohonan pertukaran anda ke Selangor diluluskan😱😱 dua kali tengok kot tersalah baca hehe...cepat-cepat kejut kawan sebelah minta semak dia punya keputusan pulak, alhamdulillah dia punya permohonan ke Melaka diluluskan... kami berdua duduk pandang antara satu sama lain dalam keadaan betul ke? kenapa dapat? hahahaha tiba-tiba rasa tak bersedia sebab tak rasa nak pindah lagi hahahahaha...Tapi dah namanya rezeki kami terima dengan hati terbuka,terus kami call mak ayah di semenanjung... mak! zaini dapat tukar, respon mak ye ke?alhamdulillah... okay mak tak excited pun hehe... mak tak suka ke zaini dapat pindah?(apa punya soalan daaaaa hahaha, mak mana tak suka anak dapat duk dekat dah hehehe) bermula lah perancangan kami daripada nak mengemas, urusan kargo, urusan kereta, jumpa anak-anak dan warga sekolah.. alhamdulillah selesai urusan di Sebuyau kami terbang pada pertengahan bulan 9 2021 dengan hati yang sayu kerana tak dapat jumpa anak-anak buyo sebelum pulang tapi kenangan sepanjang di Sebuyau tidak akan kami lupakan💕💕. Tapi hikmah dan pengajaran kami dapat, bila kita redha, Allah akan bagi berita yang tidak disangka-sangka💕💕, Alhamdulillah... salah satu sebab selain nak tinggal dekat dengan mak ayah, rasa takda jodoh bila duk kat Sarawak hehehe, bila dengar kerja jauh orang terus reject hehehe.

Kenangan sepanjang di Sebuyau Jan 2015 - Ogos 2021

Bermula lah episod di sekolah baru daerah Hulu Langat... agak kejutan budaya juga sebab murid yang ramai, sekolah besar, guru yang ramai... hehe, minggu pertama memang lenguh-lenguh badan lah sebab naik turun tangga, bangunan tinggi dan banyak hehehehe... urat terkejut😁😁😁. Dalam tempoh penyesuaian diri ada yang bertanya dah kawin belum, umur berapa, first posting ke.... hehehe mana boleh jawab kita jawab, mana tak boleh jawab kita senyum je hehehe. Minggu pertama masuk dah ada kawan hehehehe.. kawan yang pernah posting di Sarawak dan baru juga pindah ke sekolah tu... Alhamdulillah jumpa juga kawan, ingat tak ada kawan😜berkawanlah kami sehingga sekarang hehehe. 

My bff at SEJAYA 

Okaylah kita sambung part 2 ye nanti......tungguuuu😊😊

Sunday, June 4, 2017

#tb 25-27 April 2017 Sukan Tahunan SMK Sebuyau 2017

Alhamdulillah... Allah masih mengizinkan kita untuk bernafas di bumi Allah ini... hari ini hari ke-10 kita berpuasa alhamdulillah.... hari ini pun dah mula buat biskut raya... dah2 jom kita imbau kenangan hari sukan :-) 2 tahun saya menjadi pengadil lontar peluru... hehe, pergi taklimat dengar apa yang perlu dibuat dan disediakan, hari kejadian rasa nervous nak jadi pengadil sebab peserta kebanyakan atlet sekolah..hehe tapi takpe mengutip pengalaman.. pembantu saya setiap tahun berbeza-beza..alhamdulillah mereka memberi komitmen yang bagus hehe... 3hari bersukan kulit pun dah hitam.. tapi dapat cuti peristiwa 4hari kami dapat cuti hoooraaayyyy!!!! Tapi tahun ni... setiap rumah sukan memberi saingan yang sengit... paling hebat rumah kuning dari kedudukan terakhir hari kedua tapi terutama hari ketiga mereka pulun habis-habisan sampai jadi juara... alhamdulillah.. bak kata pujangga "jangan mengalah sebelum habis berjuang" kuatkan semangat.. cikgu kuat semangat anak-anak buah akan ter"inject" semangat daripada cikgunya...keep it up! Be strong! Okaylah sampai sini dulu, saya belanja gambar sikit :-) :-)

Gambar atlet sikda..gambar pembantu setia kamek jak hehe
Badan yang sihat membina otak yang cerdas... laju laju kita bersukan!! Hehe

#tb 16 Mei 2017 Hari Guru

Assalamualaikum semoga kalian dalam rahmat Allah s.w.t :-) hari ini saya nak mengimbau kenangan menyambut hari guru :-) Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... bertungkus lumus pengawas dan kaunselor aka sahabat saya cik dhamirah adibah menyiapkan projek sambutan hari guru sampai demam lah cik dham kita tu. ... usaha tangga kejayaan.. setiap usaha yang kita lakukan insyaAllah membuahkan hasil yang lumayan setimpal dengan usaha yang kita dah lakukan..bak kata makcik saya buat sesuatu benda untuk seronok2 barulah tak stress.. hehe... okaylah tahun ni paling tak sangka menang anugerah "semanis honey", tang mana manis tak taulah hehe.. tiap2 tahun redha je..tak menang anugerah takpe  yang penting menang dihati pelajar2 (cia cia cia cia hahaha)... betul apa, bukan senang nak tackle budak sekolah menengah ni... banyak nau songehnya...salah usik lain jadinya.. hehe.. tahun ni tema tradisional jadi permainan pun tradisonal... alhamdulillah seronok sangat hehe...okaylah sampai sini dulu... saya belanja gambar sikit ye... hehe

Guru adalah ibubapa kedua di sekolah, didiklah mereka seperti anak kita sendiri tetapi ibubapa dirumah perlu memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak kerana setiap tingkah laku anak-anak adalah cermin kepada tingkahlaku ibubapa

Saturday, June 3, 2017

#tb 22-23/4/17 Kem Ibadah Hikmah 2017

Assalamualaikum... selamat pagi.. mood di pagi hari rasa nak mengimbau kenangan hehe... sahur dh solat subuh dh.. mengaji kejap2 lagi tunggu semua dah sedia hehe.. hari ini nak mengimbau kenangan berkem ibadah bersama anak-anak smk Sebuyau... alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun asyik bertangguh-tangguh tarikhnya sebab banyak rintangan dan halangan hehe(kononnya..). Program ini diurus oleh Kelab Remaja Hikmah bahagian Samarahan dan dibantu oleh guru2 yang melibatkan diri... alhamdulillah berjaya menghabiskan kem dua hari dengan jayanya... pelajar2 pun nampak seronok, semoga program ini memberi sedikit ilmu kepada pelajar untuk berjaya di dunia dan di akhirat... ameen. Saya belanja gambar sikit :-) :-)
Kem Ibadah 2017
" Berubah kerana Allah,insya Allah hidup diberkati"

Friday, June 2, 2017

#tb 15-16/3/17 MTAQ Bahagian Samarahan

Assalamualaikum..semoga anda ceria2 selalu di bulan yg penuh barakah ini... alhamdulillah cuti sekolah 2 minggu ni dpt puasa 2 minggu dengan family :-) :-) .... sepanjang 2 minggu cuti ni, saya akan mengimbas kenangan sepanjang bulan2 yang lepas :-) ... ting ting ting!!! Majlis Tadarus Al-Quran peringkat bahagian samarahan ... alhamdulillah beberapa orang pelajar dari smk sebuyau terpilih untuk mewakili ke peringkat bahagian... masa tulah pertandingan masa tu jugak lah peperiksaan awal tahun sebelum cuti sekolah... semuanya perlukan pengorbanan baik guru ataupun pelajar tu sendiri :-) ... saya belanja gambar sikit :-) :-)

Suka suki sempena MTAQ bahagian Samarahan 2017