Sunday, March 22, 2015

cuti seminggu

Assalamualaikum..alhamdulillah dapat saya menulis kembali setelah sekian lama meninggalkannya.. hehe, Dah beli broadband dapatla ber'online di mana sahaja (',')..Sekejap je cuti... seminggu balik ke semenanjung hanya menyelesaikan urusan sahaja :(. Tapi dapat juga mengisi masa bersama keluarga tersayang dan anak-anak tersayang..hehe. ok la nak sarapan dah nanti jumpa lagi :). Selamat menikmati gambar-gambar di bawah :).

banat :)

aulad :)

Sunday, February 15, 2015

Kem Kemahiran Belajar (13-15 feb 2015)


Assalamualaikum dan selamat pagi...semoga hari ini lebih bik daripada semalam :). Hari ini, hari terakhir program kemahiran belajar yang melibatkan pelajar tingkatan 2, 3 dan 4. Penceramah yang berpengalaman berkongsi ilmu bersama-sama pelajar SMK Sebuyau. Esok dah mula cuti raya cina, kami meluaskan pandangan ke Kuching menyelesaikan apa yang belum selesai dan membeli barang keperluan. Nanti kita berjumpa lagi.

Saturday, February 14, 2015

Takziah

Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga kalian dalam keadaan sihat disamping keluarga tersayang :). Khamis lepas (12/2/2015, 9.45 malam), seluruh penduduk Malaysia menerima berita pemergian ulama' dan murabbi teragung Tuan Guru Nik Aziz. Hilang permata yang bernilai di atas dunia ini yang hanya diberi pinjam sementara yang Maha Pencipta. Semoga beliau tenang di sana. Banyak ilmu dan kata-kata yang telah diberi kepada kita semasa hayatnya. Semoga kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah, membuat amalan yang baik kerana mati itu pasti cuma kita tak tahu bila giliran kita. 

SMK SEBUYAU, SARAWAK

SMK SEBUYAU

Pembinaan berunsurkan kayu

Tenang, Damai, jauh daripada kesibukan kota :)

Monday, February 2, 2015

Rindu...

Assalamualaikum para pembaca sekalian, semoga kalian sihat disamping orang yang tersayang dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t. Sedar tak sedar dah 12 hari saya di bumi Kenyalang untuk mencari rezeki dan memberi didikan kepada anak-anak Sarawak. Alhamdulillah, bila menjejakkan kaki di Sarawak dan di tempat didikan hati ini boleh menyesuaikan diri tanpa memikirkan ia terlalu sukar bagiku kerana berjauhan dengan keluarga tersayang dan orang disekelilingku, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..Allah telah meletakkan yang terbaik untuk hambanya. Tapi dalam hati ini tidak lari daripada rasa rindu terhadap keluarga, sahabat-sahabat, anak-anak didikku di SRAIBBB dan guru-guru di SRAIBBB. Dari kejauhan ku mendoakan semoga kalian semua dalam keadaan baik :). Kenangan yang meninggalkan seribu satu cerita. 


Saturday, January 17, 2015

Hari Terakhir di SRAIBBB

Jamuan kelas 5J

Jamuan kelas 5J

Sukan Hari Guru

Paemeran buku bersama anak2 5A

KAMIL di SMA Rawang

Bergambar bersama guru-guru
Pelbagai aktiviti pelbagai cerita pelbagai ragam..hanya gambar yang berbicara, lidah kelu untuk berbicara.

Selamat Menyambut Tahun 2015


Assalamualaikum para pembaca sekalian semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan dibawah lindungan Allah s.w.t. Rasanya tak terlambat lagi untuk mengucapkan selamat menempuh tahun baru, semoga tahun ini memberi sinar yang membangkitkan semangat kita semua :). Semoga Allah memberkati setiap apa yang kita lakukan dan sebagai hamba di muka bumi ini, kita mestilah patuh dengan suruhan-Nya. Apa yang terjadi kepada kita semoga kita menjadikan ia satu iktibar dan nasihat Allah kepada hamba-Nya. Allah tidak akan menguji hambaNya jika tidak mampu hadapinya :). Take it as a challenge to make yourself syukur to Allah :).