Friday, July 12, 2019

Perasaan yang perlu difahami

Assalamualaikum,  salam Jumaat yang penuh barakah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Semoga hati2 kalian bersih daripada sifat yang negatif ๐Ÿ˜...  Alhamdulillah penutupan minggu ini dengan program "Bicara Akademik".  Macam- macam maklum balas yang diterima daripada ibubapa tentang hal anak-anak mereka,  yang penting ibubapa perlu menyokong anak-anak dalam pelajaran๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  
Esok mengiring pelajar asrama lawatan ke Kuching.  Seronok memang seronok tapi apabila berganding dengan rakan kerja yang xdisangka rasa sedih...  Sebab apa orang tak pernah faham,  tak pernah tengok,  tak pernah rasa 'instinct' bila meletakkan nama untuk bergandingan,  kita yang diam ni memendam rasa...  Bukan tak sudi tapi orang tak pernah nak berfikir ( dari sudut pandangan saya)... Apa-apa aktiviti dan program... Bukan kami xpernah join bersama.... Emmm,  ntahlah orang menggunakan kita apabila perlu sahaja,  tidak berfikir sama ada seseorang itu boleh melakukan atau pun tidak...  Hari ini memang betul2 terasa, mungkin dah lama simpan kot, apa yang kita harapkan dan nak mesti tak dapat...  Tunggu untuk kita bersuara?  Tidak bagi saya... Jika mereka alert dengan sekeliling mereka takkan buat macam ni... Tapi takpelah tunggu esok je macam mana... Naik bas esok ntah2  tak sama... Emmmm,  apa2 pun sekarang ni tak dapat bayangkan mengiring pelajar lawatan, Semoga Allah permudahkan perjalanan kami esok,  semoga Allah buang perasaan sedih saya esok,  semoga Allah gantikan perkara yang lebih baik☺☺.  
ุงู„ู„ู‡ู… ูŠุณุฑ ูˆู„ุง ุชุนุณุฑ ุจุฎูŠุฑ ุชู…ูŠู… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Semoga persahabatan kita diredhai Allah,   bersahabat kerana Allah๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Alhamdulillah,  Allah menjaga hati saya daripada membenci orang,  saya mudah memaafkan orang,  mudah untuk melupakan perkara yang negatif tp kalau teringat cepat- cepat buang... Biasalah syaitan suka menghasut.  Saya seorang yang susah untuk bercerita kisah2 sedih dan apa yang saya rasa kat orang,  saya hanya berharap orang memahami saya,saya suka membahagiakan orang lain,  sebab bila kita bahagiakan orang lain kita jugak turut gembira dan bahagia...  Saya akan alert dengan seseorang apabila saya menganggap dia sebahagian daripada keluarga saya... Tidak pernah untuk membenci walaupun sifat marah saya selalu terzahir di depan mereka.  Saya harap dengan sikap dan tingkahlaku saya ini tidak menyusahkan orang sekeliling saya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

No comments:

Post a Comment