Monday, January 16, 2012

Update pertama kali 2012 (^_^)

SELAMAT TAHUN BARU



Salam ukhwatillah !!semoga kalian sentiasa dilindungi Allah :). Rasanya tak terlambat lagi tuk saya mengucapkan selamat tahun baru kan??? :). baru bulan Januari kan????hehehe.. Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelum2nya, yang membuat kita lebih ke hadapan dari sebelum2nya :). Yang penting setiap apa yang kita lakukan niat kerana Allah, betul tak?? jawapannya betul lah :). Jom baca cerita yang berlaku tahun ni :

PERKAHWINAN

Awal bulan satu ni hari yang bersejarah bagi keluarga kami, nak tau apa?hehehe, salah seorang daripada ahli keluarga kami telah melangsungkan perkahwinan :). Yea!!! kakak saya :)..hehe. Dialah satu-satunya kakak saya, faham tak di situ yang ingin saya maksudkan di situ??fikir2 kan :). Okaylah, hari yang bersejarah itu jatuh pada 24/12/2012, hari penuh bermakna bagi dua mempelai, sama cantik sama padan :). Perkenalan mereka bermula dari laman muka buku, naka dengar lagu tu, suh Najwa Latif yang nyanyi hehehe. Semoga kakak & abang long berbahagia hingga akhir hayat, memperoleh zuriat yang soleh & solehah :). Di bawah gambar keluarga saya, satu gambar dah cukup dah :).


PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN

Untuk semester 1 2011/2012 telah tamat dengan berakhirnya peperiksaan pada 14/1/2012 Alhamdulillah, hanya menunggu debaran keputusan peperiksaan pada 31/1/2012 :/ takut.. tak mau takut2 bukan ini yang ingin saya ceritakan :). Kita fokus pada tajuk asal ye, pertemuan pasti ada perpisahan, Ya!!!tu yang berlaku pada saya, sahabat2 yang sama2 masuk tapi keluar berasingan..hehehe. mesti tak faham kan?? tak pe la hanya kami yang memahami :). Sahabat2 yang saya maksudkan itu adalah Aini, Muna & Biela..kami sama2 mengharungi sesi pembelajaran bersama2 bermula dengan kelas bahasa sehingga kelas kuliyyah..5 taun kami bersama, bilik yang sama, jalan-jalan bersama, sambut besday bersama2, bercerita bersama2, pergi kelas bersama2, makan bersama2 dan sumenya bersama2 cuma balik kampung masing2 :). Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan, yang menyedihkan mereka sume dah habis, saya je yang tak abis lagi, ada 2 semester lagi :(, semester depan dah tak da teman sebilik, teman tuk makan, teman tuk pergi kelas, teman tuk jalan2 :(. Tapi saya percaya walaupun kami berpisah kerana haluan masing2, ukhwah kita tetap terjalin sampai bila2..amiin!!! Semua kenangan akan saya sematkan di hati :). C'Una saya akan ingat kenangan kita bersama selama 2 semester kita duduk bersama!!! banyak kenangan gelak ketawa, luahan perasaan bersama!! selamat menepuh alam selepas tamat belajar!!!selamat berpraktikal!!!semoga menjadi guru yang cemerlang!!!

No comments:

Post a Comment