Wednesday, January 26, 2011

Program Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan, Ampangan

Tuan Haji Kamalul Arifin
Assalamualaikum dan salam ceria kepada sahabat-sahabat blogger, semoga ceria2 selalu dan dilindungi Allah s.w.t. Hari ini saya nak menulis serba sedikit tentang program yang telah saya sertai pada Ahad yang lepas 23/1/2011. Program "Sehari Bersama Anak Yatim Darul Aminan" anjuran Welfare & Community Service BEDSA.

Sebelum saya menceritakan aktiviti2 yang telah kami lakukan di sana ingin saya ceritakan serba sedikit tentang Darul Aminan. Rumah Anak Yatim Darul Aminan telah ditubuhkan pada 30 Disember 2005, yang diuruskan dan dikendalikan oleh Haji Kamalul Arifin bin Abu Kasim dan Puan Ruzita bt Abd Aziz. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai PAYDA (Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan). Untuk mengenali PAYDA dengan lebih mendalam bleh melayari website yang telah saya 'highligt' :).


Menunggu adik2 siap mengaji..hehe
Dah berkenalan dengan Daru Aminan?jom kte masuk aktiviti kami pula :). Kami bertolak dari UIA lebih kurang 8 pagi dan kami tiba di sana lebih kurang 9.30 pagi, alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar dan selamat:). Tiba di sana kami disambut oleh seorang penghuni di sana :). Dalam jadual kami aktiviti akan bermula pada pukul 10 pagi tapi disebabkan mereka tengah mengaji dan akan abis pukul 11,kami terpaksa memulakan aktiviti pada pukul 11 pagi :).


Berkumpul sebelum memulakan aktiviti

Aktiviti kami bermula dengan LDK(Latihan Dalam Kumpulan). Semua peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan mengikut warna kertas yang diambil. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang fasilitator yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Dalam kumpulan tersebut kami dikehendaki membuat logo, slogan dan nama samaran mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh pihak pengendali :).
Menyiapkan logo atas kertas majong :)

Kumpulan saya dan sahabat2 saya adalah kumpulan merah dengan temanya bunga. Setiap ahli dalam kumpulan itu mesti ada nama samaran, contohnya zaini@bunga kantan, muna@bunga lawang dan aini @ bunga cengkih, Itu nama fasi2 dalam kumpulan Merah :). Kumpulan lain diberikan tema kenderaan, ikan, buah-buahan, warna, jenis2 gunung.
Adik2 membentangkan hasil kerja mereka
Masa diberikan selama 20 minit untuk menyiapkan semua tugasan, setiap peserta hendaklah membentangkan kepada kumpulan2 yang lain:). LDK ini dibuat dengan tema yang berbeza pada setiap kumpulan adalah bertujuan untuk menyedarkan kepada kita bahawa semuanya adalah makhluk Allah di muka bumi ini, selain itu, kita dapat melihat ciptaan manusia yang diberikan oleh Allah kepada manusia.
Menunggu giliran tuk berlari..hehe
Selepas habis LDK, kami gerak ke balai raya bersebelahan surau belakang rumah anak yatim. Antara permainan yang kami main adalah "permainan hijrah" dan " bawa bola pingpong dalam sudu". Fasi2 juga tidak melepaskan peluang menyertai adik2 bermain. Kami berhenti pada pukul 12 lebih untuk makan dan solat sebelum menyambung semula untuk persembahan.
Bergambar sebelum pulang :)

Sebelum memulakan persembahan daripada adik2 rumah anak yatim ini, pihak kami telah menjemput Tuan Haji Kamalul Arifin memberi ucapan penutupan dan kami menyerahkan sumbangan dan cenderamata kami kepada pihak tersebut tanda ingatan. :). Kami bergerak pulang pada jam 3.30 petang. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar walaupun ada kekangan dari segi masa.
Akhir Kalam " Tangan Yang Memberi Lebih Baik Pada Yang Menerima ". Salam Ukhuwah (^_^).

Tuesday, December 28, 2010

BOLA OH BOLA(^_^)

Lautan manusia yang membanjiri stesen Bukit Jalil sebelum masuk perkarangan stadium :)

Salam ceria :) semoga kalian sihat2 selalu :). Post kali ni sekadar berkongsi cerita tentang bola :). Saya suka tengok perlawanan bola sepak..hehe. lebih suka yang dalam Malaysia, yang luar negara kurang sikit sebab asyik tayang lewat malam dan awal pagi :). 26/12/2010 saya dan sahabat2 saya pergi ke stadium Bukit Jalil untuk menonton perlawanan akhir antara Malaysia dan Indonesia. Pertama kali menjejakkan kaki tuk menonton bola sepak. dah lama menyimpan keinginan tuk pergi, pada tarikh tu kami dapat pergi, agak takut jugak sebab ramai laki dari perempuan(mmg acara lelaki ramai la lelaki :)) dan kami tak ditemani kaum adam, tawakal je la..hehe. Sampai pak guard yg jaga kat stesen LRT tanya kami nak pergi mane..sengih je la kami sambil cakap nak g tengok bola..pak guard siap tanya 2x betul ke nak g..ish2, tny mcam tu lagi buatkan sya rasa dalam dua nk g atau x.. tp disebabkan semangat mengatasi gementar kami teruskan perjalanan ke bkt jalil.

Sampai di stesen bukit jalil, lautan manusia memenuhi ruangan stesen bkt jalil, begitu semangat rakyat Malaysia :) tu yang kite nak..hehe. Selepas solat maghrib kami masuk dalam stadium..agak terkejut bila keluar dari surau, kaum lelaki hanya solat di luar..mereka masih menunaikan kewajipan terhadap yang Maha Esa..Alhamdulillah :).

Habis perlawanan kami terus balik, takut jugak berlaku ape2 yang xdiingini..hehe. ye la group kami xde lelaki jadi kena pantas balik :). Alhamdulillah kami selamat sampai di Bandar Tasik Selatan tempat kami naik tuk ke sana :). Pengalaman yang menyeronokkan :)

Sebelum masuk stadium :)

Lepas abis perlawanan :)

Monday, December 13, 2010

Daurah Remaja

Bersama adik2 dan fasi yang akan menggantikan sy :)

Regangan otot selepas penat duduk :)

Mendengar ceramah sambil menunggu peserta lelaki habis solat Jumaat :)

Sedang membincangkan hal yang serius

Salam ceria kepada sahabat2 blogger :). Semoga kalian sihat sejahtera :). Kali ini saya ingin bercerita tentang aktiviti saya seminggu sebelum saya masuk belajar semula :). Alhamdulillah aktiviti yang saya sertai memberi kesederan, keseronokan dan keakraban dalam berprogram :). Program yang saya sertai ialah program Penghayatan Islam dan Kefahaman Al-Quran, sasaran peserta untuk program ini adalah pelajar 10 tahun hingga 16 tahun, ia dilakukan pada hari bekerja sahaja selama 2minggu :). Saya menjadi fasi untuk adik2 perempuan yang berumur 10 & 11 tahun. Antara pengisian program ini adalah Aqidah, Akhlaq, Feqah, Sirah, Hafazan, Ibadat dan Tajwid. Program ini adalah dibawah Jais. Program ini juga banyk memberi faedah kepada remaja kerana mengisi ruang masa yang telah diisi oleh mereka dengan perkara yang kurang berfaedah. Mudah2an program ini memberi impak yang besar kepada adik2 :).

Monday, November 29, 2010

Sahabat2 Di Hari Bahagia Mereka ~ 2

Salam ceria kepada sahabat2 sekalian :) semoga kalian semua sihat2 selalu dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t :). Untuk kali yang ke-2 untuk tajuk post yg sama sebelum ni sy hanya nak post kan gambar sahabat saya di hari bahagian mereka :). Mereka adalah sahabat saya ketika sekolah rendah :) sama padan sama cantik. Semoga kalian bahagia sehingga ke akhir hayat dan mendapat anak yang soleh :).
Mukhlis & Ain

Bersama Penganti, Sahabat2 dan Muallimah

Bersama Sahabat Karib :)

Thursday, November 25, 2010

Bismillahirrahmanirrahim

Salam..
Semoga anda sihat2 selalu dan dibawah lindungan Allah s.w.t :). Hari ini saya ingin menulis tentang silaturrahim dan persahabatan antara satu sama lain :). Saya tertarik dengan penulis sahabat blogger saya tentang "Perbezaan Itu Menyatukan Kita". Ingin saya ceritakan tentang persahabatan.
Dalam kita bersahabat pasti ada berlaku perselisihan faham walaupun perkara itu kecil,
Kadang2 kita perlu berbahas untuk mencari persefahaman antara kita,
Kadang2 kita perlu berahsia apa yang patut kita rahsiakan pada sahabat kita,
Kadang2 kita merasa apa yang dia rasakan walaupun jarak memisahkan kita,
Kadang2 kita ingin bersendirian tanpa sahabat2 di sisi,
TAPI
Persahabatan yang telah terjalin sekian lama tetap teguh diingatan,
Walaupun bersendirian itu hanya untuk sementara waktu,
Moga persahabatan kita akan kekal selama-lamanya,
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA :)
Rasulullah saw bersabda:

"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain, dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam, atau menghilangkan kesusahan daripadanya, atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia, atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya, nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." [Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

Berpesan Al Qomah kepadanya,

"Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.


3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.


7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
Kadang2 tak dapat saya tafsirkan apa ertinya sahabat, kawan dan teman?Adakah ketiga2nya sama? Bagi saya SAHABAT itu dalam maknanya. SAHABAT - yang sentiasa mengingatkan kita tentang yang MAHA KUASA, SAHABAT - ketika susah dan senang, SAHABAT - yang sedia mendengar dan menolong, SAHABAT - yang dapat memberi nasihat, SAHABAT - yang mampu berkongsi suka dan duka, SAHABAT - yang boleh berkongsi sihat dan sakitnya, SAHABAT... ini yang ingin kucari dan kuserapkan dalam diri.
Moga Allah merahmati dan memberkati persahabatan saya bersama sahabat2 yang saya sayangi.

Monday, November 22, 2010

Sahabat2 Di HAri Bahagia Mereka :)

Assalamualaikum blogger2 sekalian :) Semoga sihat2 selalu dan apa yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t :). Post kali ini, saya hanya nak letakkan gambar2 perkahwinan sahabat2 saya yang berlangsung pada 20.11.2010 :).


Nada & Tariq



Najwa & Nidzam



Uya & Tawfiq
Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat dan mendapat keberkatan daripada Allah :). BARAKALLAHULAKUMA WA BARAKAH 'ALAIKUMA FIL KHAIR :)