Friday, May 20, 2011

Teacher's Day at SMKJ 3, Bandar Baru Bangi

Pengetua SMKJ 3, Tuan Hj Surimin bin Giman


Guru Bahasa Arab merangkap Ketua Disiplin, Ustzh Raihan :)


Guru Matematik, Cikgu Wasilah :)

Antara persembahan pelajar dari tingkatan 5

Perarakan guru mengikut bidang masing-masing :)


Persembahan zapin daripada pelajar pengangkap Diraja


Guru Biologi (berbaju hijau), cikgu Fuziah :)


Assalamualaikum kepada sahabat2 sekalian :). semoga anda sihat2 selalu :). dah lama tak menulis, erm, kali ini saya ingin mencoret sedikit tentang hari guru di SMKJ3. Tanggal 16 Mei 2011, hari keramat bagi guru- guru yang telah mengajar dirai oleh pelajar2 mereka. Sambutan pada hari itu sangat menarik dan meriah. Dimulakan dengan nyanyian, ikrar dan ucapan dari KPM yang diwakilkan oleh guru serta ucapan daripada pengetua.


Selepas itu, diserikan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar dan guru- guru. Antara persembahan yang dilakukan adalah lakonan, nyanyian, bersajak dan zapin. Tidak ketinggalan juga adalah anugerah untuk guru yang di anjurkan oleh badan pengawas. Selepas habis acara di dewan, semua guru bergerak ke tempat acara bagi guru2 yang menyertainya. Antara acara yang diadakan adalah baling selipar, baling belon air, anyam ketupat, kelim karipap, tibar roti canai, membuat hiasan buah-buahan dan buat teh tarik.


Hari guru yang sangat menarik :), dulu masuk sebagai pelajar, sekarang masuk sebagai guru.


HAPPY TEACHER'S DAY!!!

Selamat Hari Ibu (^_^)

Sunday, April 24, 2011

Ke Pesta Buku di PWTC

Salam sejahtera dan salam ukhwah kepada sahabat2 yang dikasihi, semoga kalian berada dalam keadaan sihat dan sejahtera :). Dalam mengumpul cuti ini, saya telah ke pameran buku yang diadakan di PWTC, ia bermula pada 22/4/2011- 1/5/2011. Saya pergi bersama keluarga. Macam2 buku yang ada tak ketinggalan juga penulis buku pun ada jugak. Seronoknya dapat bergambar dengan penulis. Ia salah satu cara untuk menjual buku hasil karya mereka :). Di bawah antara gambar2 ketika kami berada di sana :).

Amalam Membaca Budaya Kita (^_^)


H.M Tuah Iskandar antara penulis yang saya kagumi dan saya menyukai cara penulisannya :)
Penulis Maria Kejiwa, novel terbarunya " Janji Julia" (^_^)
Bersama mak, mak sedara dan adik :)
Membeli buku latihan untuk SPM, cikgu penilai baju hijau..hehe



Okay lah sampai sini dulu, jom pakat2 pergi pameran buku (^_^).

Pelancaran Imam Muda 2 ~2011~

Salam ukhwah kepada sahabat2 yang dikasihi, semoga kalian dalam keadaan sihat dan di rahmati Allah :). Dah lama tak mencoret..hehe. Pada 18/4/2011, saya bersama adik, kakak dan sahabat2 saya telah menghadirkan diri ke pelancaran Imam Muda musim 2, alang2 senang untuk dapat pas jadi kami memenuhi ruang dewan itu..hehe. Pelancaran itu berlangsung pada pukul 9 malam tetapi hadirin diminta masuk sebelum 8.30 malam supaya program tu berjalan dengan lancar sebab ditayangkan secara live kat TV :). Pertama kali kami menghadirkan diri untuk program sebegini, sangat seronok dan teruja..hehe. Terima kasih che' una :). Erm..apa lagi ye nak tulis, semoga Imam Muda yang baru ini dapat berbakti kepada agama, masyarakat dan negara (^_^).

Monday, March 28, 2011

Selamat Bertempur!!

Salam ukhuwwah :), semoga anda semua di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t. Peperiksaan sem akhir dah nak mula, kalendar UIA mula 31/3/3011, jadual saya mula 3/4/2011. Sem ni jadual agak rapat xde gap antara subjek..hehe. berderet cam keretapi..hehe. tawakal je la. yang penting baca buku kan?hehe.

Ok lah, Selamat berjuang sahabat2 ku!!semoga kita semua akan berjaya :).

Bittaufik wa najah fil imtihan :).

Tuesday, March 8, 2011

Di Hari Bahagia Sahabatku (^_^)

Salam dan selamat pagi! :) semoga kalian sihat2 selalu :). Kali ini, saya postkan gambar sahabat merangkap family saya..hehe, faham x?xpe la xfaham :). 4/3/2011 hari bersejarah bagi pasangan yang akan diijab kabulkan pada hari tersebut pada jam 5.30 petang. Sebelum diijab kabulkan banyak perkara yang terjadi tapi alhamdulillah dapat berjalan dengan lancar. Adanya wali, adanya pengantin lelaki dan perempuan dan adanya saksi, ijab dan kabul akan berjalan dengan lancar, betul tak? :), walaupun hujan turun dengan lebat, takpe duk dalam masjid tak kena hujan :). Selesai ijab dan kabul, rombongan dari pihak lelaki dijamukan juadah di rumah pihak perempuan. :).
Keesokan hari, acara bersanding bermula pada jam 1petang..saya la pengapitnya..hehe, susah jugak jadi pengapit, kena ikut protokol..hehe. tapi seronok sekurang-kurangnya ada pengalaman jugak :).

Walaupun ada sedikit permasalahan semuanya dalam keadaan tenang, untuk mendapat yang perfect mungkin susah, betul tak?. majlis itu diserikan dengan karaoke, pengantin pun join sekali :).
Ini keluarga saya..hehe. sedara mara pun datang, dah anggap family jadi yang datang pun kena lah family..hehe

Ok lah sampai sini dulu, semoga K.Laily dan A. Jo berbahagia hingga akhir hayat, tempuhi dugaan yang datang dengan sabar dan tenang, semoga cepat dapat anak :). Semoga perkahwinan kalian diberkati dan dilindungi Allah :).

Thursday, March 3, 2011

CA$HFLOW $$

Salam dan selamat pagi semua!semoga kalian sihat sejahtera dan di bawah lindungan-Nya :). Hari ini saya ingin menceritakan tentang aktiviti saya pada hujung minggu lepas. Saya dan sahabat2 saya dijemput untuk menjadi fasi untuk program Cashflow Game pada Ahad 27/2/2011 bertempat di Dewan Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Antara peserta yang terlibat adalah alumni pelajar dari luar negara. Pesertanya bukan remaja tapi dari kalangan aunty2 dan 24 tahun ke atas :).
Hari sebelumnya kami diberi taklimat, melihat dan menyertai adik2 bermain game ni. Game sangat mencabar bagi pesrta yang baru sebab banyak step yang perlu faham. Game ni lebih kurang belanjawan kita dalam kehidupan ada kredit dan ade debitnya. Mula2 bermain dengan budak2 yang daha expert memang pening, mereka terlalu laju, dengan cepatnya mereka boleh melihat benda ape yang boleh beli yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, pengiraan mereka juga cekap..hehe.
Perjalanan game ni adalah yang pertama pesrta diminta untuk memilih jawatan yang mereka inginkan, tulis di atas kertas yang disediakan aset dan lialibility yang tertulis pada kad jawatan mereka, mereka diminta untuk meletakkan cheese kat petak impian mereka dan mereka hendaklah bermain sehingga keluar dari kepompong hutang la..huhu. Bak kata orang kuat program Cashflow ini " biar duit bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk duit" :).
Pada hari kejadian, kami para fasi dimminta untuk menjadi banker kepada peserta2 program. pada hari kejadian tu game cashflow menjadi seronok sebab dah faham cara nak main dan dah pandai nak terangkan kepada peserta step2 permainan..hehe. Untuk master cashflow game ni kena main selalu :). Natijah untuk program ni, kita dapat memahirkan diri dalam subjek matematik dan akaun..hehe. kita akan lebih mahir dalam pengiraan :). dan yang terakhir munkin kita dapat manage kewangan kita apabila kita bermain game ni :)
Sebelum penutup, thank to Kak Nora, Kak Saba dan Kak Sawiah kerana mempercayai kami untuk jadi banker..hehe, thanks Salwa sebab menawarkan kami tuk sertai programni dan thanks kepada muna (sahabat banker..hehe), Naz, Eda dan Izyan :). Thanks jugak kat adik Ain sebab tolong kami explain kat peserta..hehe.