Saturday, April 20, 2024

[Part 1] After 5 years... Alhamdulillah new life, new school, new environment.

Assalamualaikum, kembali bersua selepas 5 tahun menyepi since 2019, last posting 2019... hehehehe, biasalah menulis ni ikut mood kan dengan kerja yang banyak tak sempat untuk diri sendiri. Alhamdulillah atas nikmat yang Allah berikan kepada saya untuk menikmati hidup atas dunia ini๐Ÿ˜. Sepanjang 5 tahun ni dari 2020 - 2024 macam-macam kisah yang dilalui... dengan covid melanda dunia menyebabkan kami sebagai anak perantau tak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya (ececeh macamlah duk luar negara hahahaah, sarawak je pun๐Ÿ˜๐Ÿ˜). awal 2021 raya puasa dan raya haji di Sebuyau, Sarawak. Pujuk diri ada hikmah kenapa kena beraya di Sarawak, manalah tau dapat pindahkan๐Ÿ˜‚, sekurang-kurangnya orang tanya suasana beraya di negeri orang dapatlah kita bercerita hahaha. 
Wajah-wajah ceria menyambut raya bersama sahabat dan anak-anak Sebuyau

Dalam keredhaan menunggu giliran untuk dapat pindah ke semenanjung, mengajar anak-anak tingkatan 5 untuk SPM dengan penuh cabaran apabila kelas perlu dilaksanakan atas talian, hanya berjumpa mereka di alam maya sahaja. Hujung bulan Ogos 2021, tiba-tiba kawan call lebih kurang jam 6.40 pagi minta cek eg-tukar, dalam mamai bukalah website eg-tukar tanpa ada keterujaan dan pengharapan untuk dapat pindah kerana fikirkan murid tingkatan 5 nak exam SPM dan guru Pendidikan Islam ketika itu tidak cukup๐Ÿ˜๐Ÿ˜, CAKKK! permohonan pertukaran anda ke Selangor diluluskan๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ dua kali tengok kot tersalah baca hehe...cepat-cepat kejut kawan sebelah minta semak dia punya keputusan pulak, alhamdulillah dia punya permohonan ke Melaka diluluskan... kami berdua duduk pandang antara satu sama lain dalam keadaan betul ke? kenapa dapat? hahahaha tiba-tiba rasa tak bersedia sebab tak rasa nak pindah lagi hahahahaha...Tapi dah namanya rezeki kami terima dengan hati terbuka,terus kami call mak ayah di semenanjung... mak! zaini dapat tukar, respon mak ye ke?alhamdulillah... okay mak tak excited pun hehe... mak tak suka ke zaini dapat pindah?(apa punya soalan daaaaa hahaha, mak mana tak suka anak dapat duk dekat dah hehehe) bermula lah perancangan kami daripada nak mengemas, urusan kargo, urusan kereta, jumpa anak-anak dan warga sekolah.. alhamdulillah selesai urusan di Sebuyau kami terbang pada pertengahan bulan 9 2021 dengan hati yang sayu kerana tak dapat jumpa anak-anak buyo sebelum pulang tapi kenangan sepanjang di Sebuyau tidak akan kami lupakan๐Ÿ’•๐Ÿ’•. Tapi hikmah dan pengajaran kami dapat, bila kita redha, Allah akan bagi berita yang tidak disangka-sangka๐Ÿ’•๐Ÿ’•, Alhamdulillah... salah satu sebab selain nak tinggal dekat dengan mak ayah, rasa takda jodoh bila duk kat Sarawak hehehe, bila dengar kerja jauh orang terus reject hehehe.

Kenangan sepanjang di Sebuyau Jan 2015 - Ogos 2021

Bermula lah episod di sekolah baru daerah Hulu Langat... agak kejutan budaya juga sebab murid yang ramai, sekolah besar, guru yang ramai... hehe, minggu pertama memang lenguh-lenguh badan lah sebab naik turun tangga, bangunan tinggi dan banyak hehehehe... urat terkejut๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Dalam tempoh penyesuaian diri ada yang bertanya dah kawin belum, umur berapa, first posting ke.... hehehe mana boleh jawab kita jawab, mana tak boleh jawab kita senyum je hehehe. Minggu pertama masuk dah ada kawan hehehehe.. kawan yang pernah posting di Sarawak dan baru juga pindah ke sekolah tu... Alhamdulillah jumpa juga kawan, ingat tak ada kawan๐Ÿ˜œberkawanlah kami sehingga sekarang hehehe. 

My bff at SEJAYA 

Okaylah kita sambung part 2 ye nanti......tungguuuu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Saturday, December 14, 2019

my little sister's weeding

Assalamualaikum selamat pagi salam satu Malaysia ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚, bersemangat kita pagi ni, tajuk kat atas pun dalam Bahasa Inggeris hehehe. takda apa pun yang nak ditulis, sekadar memenuhi ruang blog yang dah lama tak updte disebabkan kekangan masa (macamlah sibuk sangat hehehe). Hari yang mendung ni, tidur pun sedap ni... kita santai-santai je. Okaylah kembali pada tajuk asal, perkahwinan adik nombor 5 pada 30/11/2019. Alhamdulillah berjalan dengan lancar... hari ni belah kami kenduri, esok belah laki pula kenduri. Yang bestnya, adik beradik yang nombor ganjil semuanya dah kawin, tinggal yang nombor genap je 2, 4,6 hehehe... kita tgk siapa yang kawin dulu๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Apapun jodoh pertemuan di tangan Allah, kita je perlu berusaha dan mencari. Okaylah sampai sini dulu. jumpa lagi pada masa akan datang hehehe๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

My Family ๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐Ÿ’–

Monday, September 23, 2019

Adakah aku tidak bersyukur?

Assalamualaikum semua,  semoga kalian diberi kesihatan yang baik,  emosi yang stabil,  dan dilindungi Allah SWT.  Alhamdulillah minggu jerebu dah makin berkurangan,  Allah turunkan hujan untuk hapuskan jerebu2 yang menebal minggu lepas..  Hari ini,  rasa  apa yang say buat semuanya menyakitkan hati orang...  Emosi yang tak boleh dikawal,  sebab apa dah lama simpan ketikpuasan hati...  Tapi bila dah menunjukkan perangai yang tak senonoh ni baru rasa menyesal hehehe...  Selepas tu baru menerima bahawasanya aku boleh buat di mana sahaja berada...  Ya Allah semoga Engkau sentiasa memelihara hati dan jiwa ku ini ya Allah...  Tak sanggup rasanya menyakitkan hati orang,  diri yang rasa sedih...kadang2 terfikir adakah aku tidak pernah bersyukur...  Ya Allah nikmat apa yang perlu ku dustai sedangkan Engkau Maha pengasih yang mengasihi semua hamba Mu...  Semoga Allah melindungi keluarga ku dan sahabat-sahabatku dunia akhirat๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Friday, August 23, 2019

Ujian Allah

Semoga Allah merahmati iba, semoga Allah menunaikan impian iba
Assalamualaikum,  selamat malam๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰ alhamdulillah selesai untuk hari ni kem pengawas,  esok sambung lagi ๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น,  gambar kat atas tu saya dan kawan saya merangkap housemate, roomate, schoolmate, classmate ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Minggu ni macam2 jadi kat dia..  Biasalah orang yang selalu berhubung dengan orang atasan yang perlu hadap macam2 ragam...  Tapi dia seorang yang kuat,  sebab apa dia boleh hadapi dengan jayanya,  kalau saya lah tak taulah asyik menangis je kot๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น.  Seorang yang bersemangat waja,  seorang yang excited menzahirkan sesuatu perkara tapi apa yang ditarget tak dapat memang down tapi takpelah janji letakkan Allah nombor satu,  kita akan tenang๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.  Akak bangga dengan iba,  walaupun iba tak nampak akak zahirkan kebanggaan akak,  akak akan belajar untuk menzahirkannya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Semoga iba tabah mengharungi hidup sebagai seorang kaunselor๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—๐Ÿค—

Monday, July 22, 2019

My roommate ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Assalamualaikum semua๐Ÿค—๐Ÿค— hari ini dan semalam hujan,  cuaca pun redup je...  Alhamdulillah sekian lama berpanas dua hari ni Allah turunkan hujan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š.  Hari ini jugak dapat extra cuti hehehe,  sempena hari Sarawak๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Seminggu ni juga Allah uji housemate merangkap roommate dengan sedikit ujian sakit,  dah lama dia tak sakit teruk macam ni,  malam tak boleh tidur,  siang dia mencari masa untuk tidur rehatkan badan,  dengan cuaca yang sejuk lagi kuat cabarannya...  Cabaran untuk orang yang mengidap asma...  Alhamdulillah cuti yang panjang ni dapatlah dia berehat,  kalau esok masih tak okay kena g klinik ambil MC...  Allah sayang dia,  Allah uji dia,  semoga Dhamirah Adibah cepat sembuh ye,  tak tau akak nak buat apa bila iba sakit...jangan fikir banyak sangat,  kerja memang tak pernah habis๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š  InsyaAllah akak jaga iba sebaik mungkin,  iba kena kuat!!!  Semoga Allah pelihara kesihatan mak ayah kita kat semenanjung juga...  Semoga Allah jaga mereka๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. 

Syafakillah Dhamirah Adibah๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Friday, July 12, 2019

Perasaan yang perlu difahami

Assalamualaikum,  salam Jumaat yang penuh barakah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š. Semoga hati2 kalian bersih daripada sifat yang negatif ๐Ÿ˜...  Alhamdulillah penutupan minggu ini dengan program "Bicara Akademik".  Macam- macam maklum balas yang diterima daripada ibubapa tentang hal anak-anak mereka,  yang penting ibubapa perlu menyokong anak-anak dalam pelajaran๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  
Esok mengiring pelajar asrama lawatan ke Kuching.  Seronok memang seronok tapi apabila berganding dengan rakan kerja yang xdisangka rasa sedih...  Sebab apa orang tak pernah faham,  tak pernah tengok,  tak pernah rasa 'instinct' bila meletakkan nama untuk bergandingan,  kita yang diam ni memendam rasa...  Bukan tak sudi tapi orang tak pernah nak berfikir ( dari sudut pandangan saya)... Apa-apa aktiviti dan program... Bukan kami xpernah join bersama.... Emmm,  ntahlah orang menggunakan kita apabila perlu sahaja,  tidak berfikir sama ada seseorang itu boleh melakukan atau pun tidak...  Hari ini memang betul2 terasa, mungkin dah lama simpan kot, apa yang kita harapkan dan nak mesti tak dapat...  Tunggu untuk kita bersuara?  Tidak bagi saya... Jika mereka alert dengan sekeliling mereka takkan buat macam ni... Tapi takpelah tunggu esok je macam mana... Naik bas esok ntah2  tak sama... Emmmm,  apa2 pun sekarang ni tak dapat bayangkan mengiring pelajar lawatan, Semoga Allah permudahkan perjalanan kami esok,  semoga Allah buang perasaan sedih saya esok,  semoga Allah gantikan perkara yang lebih baik☺☺.  
ุงู„ู„ู‡ู… ูŠุณุฑ ูˆู„ุง ุชุนุณุฑ ุจุฎูŠุฑ ุชู…ูŠู… ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Semoga persahabatan kita diredhai Allah,   bersahabat kerana Allah๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Alhamdulillah,  Allah menjaga hati saya daripada membenci orang,  saya mudah memaafkan orang,  mudah untuk melupakan perkara yang negatif tp kalau teringat cepat- cepat buang... Biasalah syaitan suka menghasut.  Saya seorang yang susah untuk bercerita kisah2 sedih dan apa yang saya rasa kat orang,  saya hanya berharap orang memahami saya,saya suka membahagiakan orang lain,  sebab bila kita bahagiakan orang lain kita jugak turut gembira dan bahagia...  Saya akan alert dengan seseorang apabila saya menganggap dia sebahagian daripada keluarga saya... Tidak pernah untuk membenci walaupun sifat marah saya selalu terzahir di depan mereka.  Saya harap dengan sikap dan tingkahlaku saya ini tidak menyusahkan orang sekeliling saya๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

Friday, July 5, 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum,  bersua kembali pada tahun 2019 hehehe...  Lama tak menulis,  kesibukan yang dicipta plus malas ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.  Alhamdulillah dah 5 tahun berkhidmat di bumi kenyalang, belum ada rezeki lagi untuk berpindah ke semenanjung๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Alhamdulillah seronok je mengajar di sini walaupun hati kadang-kadang rasa nak balik tinggal dengan mak ayah...  Alhamdulillah Allah masih menguatkan hati dan jiwa saya untuk berkhidmat di Sebuyau๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰.  Alhamdulillah orang di sekeliling,  sahabat-sahaby pun saling menolong antara satu sama lain,  memberi semangat bila kita kecewa,  rasa sedih,  rasa rendah diri...  Semuanya atas izin Allah๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Life must go on,  jangan putus asa,  ุฅู† ุงู„ู„ู‡ ู…ุนู†ุง ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.  Okaylah nanti sambung lagi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜